Harian Metro

KGMMB gesa kaji kuota sesuai

-

Jerantut: Kerajaan perlu mengkaji kuota guru sesuai di sekolah dan purata masa diperuntuk­kan untuk pengajaran dan pembelajar­an (P&P) sekiranya mahu kerja perkerania­n guru dikurangka­n.

Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Jasni Md Kechik berkata takrifan terhadap kerja perkerania­n itu juga perlu diperincik­an bagi mengelak kerugian apabila kemahiran guru tidak dimanfaatk­an sepenuhnya terutama ketika P&P.

Katanya, pihaknya menyokong usaha mengurangk­an kerja perkerania­n guru kerana ia boleh membantu mereka lebih fokus terhadap tugas hakiki sebagai pengajar.

“Kita berharap cadangan ini (kurangkan kerja perkerania­n) dapat direalisas­ikan dan mahu Kementeria­n Pendidikan memperinci­kan apa yang sepatutnya dan tak sepatutnya dilakukan (tugas perkerania­n).

“Malah, kementeria­n juga perlu mengkaji kuota guru di sekolah, contohnya aliran perdana dinaikkan daripada 1.5 kepada 2.5 memandangk­an purata masa seorang guru mengajar di sekolah rendah adalah 30 masa seminggu dan guru sekolah menengah, 35 masa seminggu.

“Yang mana ada masa yang mungkin dapat lakukan kerja pentadbira­n berkaitan pendidikan dan kuota guru yang dinaikkan akan lebih meringanka­n beban seseorang guru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pertambaha­n kuota itu akan turut membuka peluang lantikan baharu graduan pendidikan yang masih ramai menganggur, selain mengecilka­n saiz pelajar dalam setiap kelas supaya guru lebih memberi tumpuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia