Harian Metro

LHDN lulus 8,000 NGO mohon pengecuali­an cukai

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 8,000 permohonan pengecuali­an cukai oleh badan bukan kerajaan (NGO) diluluskan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, pihaknya banyak menerima permohonan pengecuali­an cukai, namun ia bergantung kepada kelayakan NGO berkenaan.

Katanya kebiasaan permohonan pengecuali­an cukai itu ditolak disebabkan mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Setakat ini tahap pematuhan NGO yang layak membayar cukai amat memuaskan.

“Justeru, NGO digalak untuk mematuhi syarat bagi pengecuali­an cukai ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui syarat serta tidak mengemukak­an dokumen yang diperlukan oleh LHDN,” katanya kepada media selepas melancarka­n kod QR LHDN pada majlis sesi taklimat bersama NGO, di sini, semalam.

Program kerjasama LHDN dan MyPerintis itu turut dihadiri lebih 300 NGO bagi mengetahui kaedah pengecuali­an cukai.

Turut hadir, Presiden MyPerintis, Datuk Lawrence Low dan Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Rozina Shaik Osman Merican.

Sementara itu, Low juga berkata, NGO juga perlu telus bagi membolehka­n mereka mendapat pengecuali­an cukai.

“Masalah kritikal bagi NGO adalah objektif penubuhan dan bagaimana sumber dana digunakan.

“Mungkin kebanyakan tubuh NGO bukan yang sepatutnya,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Low, Sabin dan Rozina melancarka­n kod QR LHDN, semalam.
DARI kiri, Low, Sabin dan Rozina melancarka­n kod QR LHDN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia