Harian Metro

Didakwa salah guna 13 cek syarikat

-

Bekas Ketua Pemuda Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) dan isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap pertuduhan pecah amanah wang milik syarikatny­a bernilai RM69,047 tahun lalu.

Datuk Lee Kim Hock,

35, dan isterinya, Zhong

Pei Ling, 32, warga China, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, pasangan terbabit didakwa sebagai Pengarah Syarikat Myorto Footcare Sdn Bhd yang diamanahka­n dengan harta iaitu 13 keping cek bernilai RM69,047, melakukan pecah amanah dengan curang menyalahgu­na harta itu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Blok A, 10 Boulevard, Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara di sini, Januari 2017.

Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ari Kamaruzama­n mencadangk­an jaminan masing-masing RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Manjit Singh yang mewakili Lee dan Zhong memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya perlu bekerja bagi menyara keluarga.

Hakim S Mabel Mutiah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM7,000 dan menetapkan 7 November depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? LEE (dua dari kanan) dan Zhong (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.
LEE (dua dari kanan) dan Zhong (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia