Harian Metro

Tak lepas tangan

- Muhamaad Razis Ismail razis@nstp.com.my

„ Pengasas Maahad Tahfiz al-Hashimi fail rayuan selepas diperintah bayar ganti rugi bekas pelajar lumpuh nahas van

Pengasas Maahad Tahfiz al-Hashimi yang diperintah membayar ganti rugi RM4.3 juta kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Notis rayuan itu difailkan Datuk Adnan Hashim menerusi Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azman di kaunter pendaftar mahkamah jam 11 pagi, ditemani Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Maahad Tahfiz al Hashimi, Ismail Ishak.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintah­kan Maahad Tahfiz al-Hashimi di Kuala Krai membayar ganti rugi am dan khas kerana kecuaian berjumlah RM4.3 juta kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan Jun tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail memerintah­kan tiga defendan iaitu pemandu van, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, CT-One Corporatio­n Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz al-Hashimi bertanggun­gjawab secara vikarius dengan membayar kos itu kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18.

Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang retak saraf tunjang sehingga menyebabka­n mangsa lumpuh seumur hidup serta kos pembelian lampin pakai buang, tiub makanan dan jururawat persendiri­an.

Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya memfailkan rayuan itu demi menegakkan keadilan.

“Kita percaya masih ada ruang untuk buat rayuan berhubung keputusan mahkamah ini.

“Perkara yang kita nak rayu ini kita akan perincikan dalam mahkamah nanti,” katanya di pekarangan mahkamah.

Menurutnya, pihaknya tidak pernah lepas tangan dalam membantu pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Rawatan semasa di hospital untuk pembedahan akan kita tanggung sekitar RM20,000 dan ada juga sumbangan pihak lain.

“Selepas keluar hospital, kita akan beri bantuan dari semasa ke semasa. Malah kita turut ubah suai rumah dan katil untuk keselesaan (Muhammad Faiz) di Maahad Tahfiz,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya menerima keputusan mahkamah baru-baru ini sebagai ujian Allah SWT.

 ??  ?? ADNAN menunjukka­n notis rayuan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam.
ADNAN menunjukka­n notis rayuan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia