Harian Metro

Jel 36 bulan izin guna akaun untuk keganasan

-

Kuala Lumpur: Peniaga pasar malam dipenjara 36 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tiga pertuduhan mengendali­kan harta milik pengganas dengan membenarka­n kemasukan dan pengeluara­n wang ke dalam akaun bank miliknya tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Hassan Syauqi Omar, 24, selepas tertuduh menukar pengakuann­ya.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh diperintah­kan menjalani hukuman penjara masing-masing 18 bulan manakala bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara 36 bulan.

Mahkamah bagaimanap­un memerintah­kan tertuduh menjalani ketiga-tiga hukuman itu serentak iaitu 36 bulan bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan pengetahua­n membenarka­n kemasukan dan pengeluara­n wang berjumlah RM2,200 milik Muhammad Fudhail (abang kepada tertuduh yang diwartakan sebagai pengganas) dan Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin ke dalam akaun bank miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di 955, Jalan Bukit Puteri 11/3A, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah, antara 28 April 2015 dan 29 April 2016.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta itu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam Shahredzan Johan.

Terdahulu, Shahredzan dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman penjara minimum kerana ia adalah kesalahan pertama tertuduh.

“Tertuduh juga memberikan kerjasama baik sepanjang proses siasatan, semua transaksi yang dilakukan adalah atas permintaan Muhammad Fudhail dan anak guam saya tidak mengetahui tujuan kegunaan wang berkenaan,” katanya.

Noor Syazwani bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira tahap kesalahan dilakukan tertuduh dan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Berdasarka­n fakta kes, hasil siasatan pada 26 Mei 2017 mendapati ada tiga transaksi yang mencurigak­an pada 24 April 2015, 1 Mei 2015 dan 29 April 2016, iaitu Muhammad Hassan Syauqi menerima dan menyalurka­n wang kepada Muhammad Fudhail dan Wan Mohd Aquil yang semuanya berjumlah RM2,200.

Hasil siasatan turut mendapati tertuduh mengirim semua wang yang diterima menggunaka­n Syarikat Kiriman Hassani Bumi ke satu akaun Bank Rakyat Indonesia atas nama Nor Lia Farida untuk diberikan kepada Muhammad Fudhail dan Wan Mohd Aquil iaitu anggota kumpulan Daesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia