Harian Metro

Rampas dadah RM1.29j

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

„ Dua lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Melaka

Polis menahan dua individu dan merampas pelbagai jenis dadah sintetik, termasuk peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM1.29 juta dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.

Rampasan itu dilakukan susulan penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun di sebuah kondominiu­m di Tengkera, di sini, pada jam 9.45 pagi dan seorang lelaki berusia 34 tahun di Kilometer 215 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, jam 5 petang.

Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek yang diintip anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sejak sebulan lalu itu di tahan dalam sebuah kereta di kediamanny­a di Tengkera.

Beliau berkata, hasil soal siasat suspek membawa polis ke kondominiu­mnya dan menemui dadah heroin seberat 3,860 gram (g), 137,030g kafein, 6,960 pil Erimin 5 dan pelbagai jenis peralatan memproses dadah seperti dapur.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lalu dan tidak bekerja itu kemudian membawa polis ke sebuah lagi kondominiu­m di Bandar Hilir, kira-kira jam 5 petang dan kami merampas dadah heroin seberat 592g, ketamin (7,944g) dan syabu (100g),” katanya pada sidang media di IPK negeri, Bukit Beruang, semalam.

Raja Shahrom berkata, dalam serbuan kedua di Kilometer 215 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, polis menemui dadah jenis syabu seberat empat kilogram dalam kereta Mercedes-Benz SLK200 dipandu suspek.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan apabila ditahan, dia cuba menyogok pegawai peronda dengan wang tunai RM100,000, sebelum diberkas.

“Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM100,00 yang disimpan di bawah tempat duduk pemandu. Siasatan juga mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lalu berkaitan dadah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? RAJA Shahrom (dua dari kanan)
menunjukka­n alat memproses dadah dan dadah yang
dirampas.
RAJA Shahrom (dua dari kanan) menunjukka­n alat memproses dadah dan dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia