Harian Metro

3 pasangan suami isteri ditahan

-

Tiga pasangan suami isteri antara 199 penagih dadah yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Helang di sekitar daerah ini sejak kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 8.30 pagi itu, seorang remaja yang keciciran sekolah berusia 13 tahun turut ditahan selepas didapati positif dadah.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, semua suspek berusia antara 13 dan 50 tahun itu ditahan ketika serbuan dilakukan terhadap lebih 10 sarang penagihan di pulau itu.

“Jumlah tangkapan dijangka bertambah kerana operasi membabitka­n tujuh mukim di daerah ini masih berterusan dan hanya dijangka berakhir pada Jumaat ini.

“Sehingga jam 12.30 tengah hari (semalam), seramai 199 sudah ditahan termasuk tiga pasangan suami isteri dan seorang remaja keciciran sekolah,” katanya, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh dan

Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Firdaus Ahmad.

Zulkifli berkata, semua mereka yang ditahan itu dibawa ke Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri di sini, untuk tindakan lanjut.

Alor Setar: Cubaan lima lelaki membawa enam bungkusan ganja seberat 252.16 kilogram (kg) bernilai RM630,250 menggunaka­n kereta gagal selepas terserempa­k anggota polis yang membuat rondaan di kawasan Kedondong, Pokok Sena, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, anggota unit kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang meronda di kawasan itu terserempa­k kereta Proton Waja dinaiki empat lelaki dan kereta Toyota Vios dipandu seorang lelaki di persimpang­an lampu isyarat Bukit Pinang dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata anggota polis kemudian mengarahka­n kedua-dua kereta terbabit berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaa­n, namun pemandu kereta Toyota Vios bertindak memecut kenderaann­ya, sementara empat lagi lelaki berusia 20 hingga 42 tahun yang berada di dalam kereta Proton Waja dapat ditahan.

“Anggota polis terbabit kemudian meminta bantuan anggota MPV lain untuk mengejar kereta terbabit sebelum

 ??  ?? ABD Rahim (kanan) menunjukka­n ganja yang dirampas
ABD Rahim (kanan) menunjukka­n ganja yang dirampas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia