Harian Metro

Pemandu lori maut nahas Gempur 896 pusat judi

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Yuzfazrina Amira Yuzri cnews@nstp.com.my

Muar: Pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang lori lain dalam kemalangan di Kilometer 131.6 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, akibat rempuhan itu, S Maniam, 62, beralamat di Seremban, Negeri Sembilan, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati lori dipandu Shahrin Mohamad Adlan, 43, dari Johor Bahru ke Nibong Tebal, Pulau Pinang dirempuh lori yang dipandu mangsa.

“Akibat kemalangan itu kenderaan mangsa terbabas ke dalam longkang dan mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.01 pagi sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng bergegas ke tempat kejadian.

Polis merampas 733 mesin judi bersama wang tunai berjum lah RM36,386 dan menangkap 257 suspek hasil serbuan yang dilakukan di seluruh negeri itu sejak 1 September lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, melalui Op Dadu selama sebulan, sebanyak 896 serbuan dan pemeriksaa­n dilakukan membabitka­n premis disyaki terbabit kegiatan judi haram.

Menurutnya, bagi Op Noda pula 121 serbuan dan pemeriksaa­n dilakukan dengan 156 tangkapan dibuat di premis rumah urut dan sarang pelacuran.

“Bagi Op Cantas yang membabitka­n kegiatan jenayah kekerasan pula, 61 serbuan dijalankan dengan 60 orang ditangkap.

“Melalui operasi ini juga, kita menerima maklum balas positif daripada penduduk yang memberitah­u kegiatan negatif semakin berkuranga­n,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.

Abd Rahim berkata, berikutan itu orang ramai disaran terus memaklumka­n kepada polis jika mengetahui ada premis perjudian di kawasan mereka.

“Saya yakin jika ada kerjasama daripada semua

„ Polis Kedah rampas 733 mesin pertaruhan hasil serbuan seluruh negeri sejak 1 September

pihak, pasti masalah perjudian dapat dibanteras di negeri ini.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana membantu polis dengan memotong bekalan elektrik di premis perjudian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia