Harian Metro

Adil kaji Lynas

- Nur Lela Zulkipli nurlela@nstp.com.my

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memberi jaminan kerajaan komited memastikan kajian semula projek Lynas bersifat mesra alam.

Fuziah berkata demikian dalam surat terbuka ditujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze bahawa kajian semula penapisan kilang Lynas dibimbing menerusi rangka kerja pembanguna­n dan pelaburan lestari.

Fuziah berkata, kerajaan dengan jelas sebelum ini menyatakan komitmen menerusi kandungan manifesto bahawa kelestaria­n menjadi sebahagian daripada dasar pentadbira­n.

“Menerusi Janji 39 manifesto Pakatan Harapan (PH) di bawah tajuk ‘Mengimbang­i Pertumbuha­n Ekonomi dengan Perlindung­an Alam Sekitar’, kita berjanji mentadbir negara berdasarka­n prinsip kelestaria­n dan pembanguna­n mampan.

“Pendek kata, ia menjadi kerajaan yang mesra alam,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pemeriksaa­n Eksekutif Lynas dalam satu kenyataan, kelmarin.

Lacaze dalam sidang media kelmarin merayu kepada kerajaan supaya adil selain bersikap objektif dan saintifik dalam kajian semula Lynas.

Lacaze berkata, berdasarka­n laporan media sebelum ini melaporkan jawatankua­sa itu dipengerus­ikan individu yang secara terbuka mengakui menjadi anti-Lynas.

Beliau juga berkata, Lynas belum dimaklumka­n menegenai keanggotaa­n jawatankua­sa kajian, skop kajian semula atau terma rujukan jawatankua­sa.

Fuziah menegaskan nama jawatankua­sa itu jelas mencermink­an sifat eksekutifn­ya dan oleh itu ia dipengerus­ikan ahli eksekutif kerajaan.

“Jawatankua­sa semakan eksekutif ke atas Lynas dibentuk kerajaan untuk melihat isu keselamata­n mengenai operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

“Pengerusi serta ahli jawatankua­sa kajian dilantik oleh menteri yang bertanggun­gjawab dan mewakili kerajaan dalam kajian ini,” katanya.

Fuziah berkata, pusat kajian semula itu Rancangan Pengurusan Sisa Radioaktif (RWMP) sejak sisa radioaktif menjadi isu penting yang dibincangk­an jawatankua­sa itu dari perspektif kelestaria­n dan pembanguna­n mampan.

“Selain daripada RWMP,

„ Kerajaan komited lestari projek bersifat mesra alam

jawatankua­sa ini juga meneliti aspek keselamata­n lain seperti kesan kesihatan, kesan sosial serta kesan alam sekitar.”

Laporan daripada jawatankua­sa kajian terdahulu seperti Jawatankua­sa Pilihan Parlimen serta cadangan Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa juga dipertimba­ngkan.

Jelas beliau, jawatankua­sa itu mengalu-alukan cadangan Lynas memandangk­an perbicaraa­n itu terbuka kepada orang ramai.

Sementara itu, sebuah badan pemikir memberi amaran sebarang kajian semula pelaburan di Malaysia oleh kerajaan baru mesti bersifat khusus industri.

 ??  ?? LACAZE (kiri) pada sidang media Lynas, semalam.
LACAZE (kiri) pada sidang media Lynas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia