Harian Metro

Pemohon lewat serah notis

-

Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 12 Oktober hadapan sebagai tarikh mendengar permohonan mengkaji dan mengetepik­an keputusan kes rasuah Lim Guan Eng dan Phang Li Koon, baru-baru ini.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata, ia berikutan kelewatan pemohon Muhsin Abdul Latheff menyerahka­n notis kepada mahkamah bagi menjelaska­n kegagalan peguamnya Gunamalar Joorindanj­n menghadiri sesi berkenaan.

“Pemohon (Muhsin) baru hantar surat kepada mahkamah menjelaska­n tarikh pendengara­n (hari ini) tidak sesuai bagi beliau dan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu selepas 9 Oktober ini.

“Kalau ikut, saya boleh buang permohonan ini dalam tempoh lima minit saja dan tak perlu ditangguhk­an ke suatu tarikh lain. Bagaimanap­un, pemohon mengemukak­an surat baharu yang kandungann­ya tidak sama seperti sebelum ini.

“Jika mahkamah tidak beri penangguha­n nanti timbul isu dan kata mahkamah tidak adil kerana tidak berbuat demikian. Justeru, saya tetapkan 12 Oktober ini untuk mendengar permohonan dan kes akan berjalan juga sekiranya peguam gagal hadir,” katanya.

Sebelum ini, Muhsin memfailkan permohonan mendapatka­n perintah bahawa keputusan kes rasuah Guan Eng dan Li Koon boleh dikaji semula dan diketepika­n atau diubah dan digantikan dengan perintah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli perniagaan itu dilepaskan tanpa dibebaskan.

Dalam permohonan itu, Muhsin menamakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai responden pertama, manakala Guan Eng (responden kedua) dan Li Koon (responden ketiga) pada 19 September lalu.

SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri, manakala Guan Eng diwakili peguam Ramkarpal Singh dan Li Koon diwakili peguam Datuk V Sithambara­n. Dungun: Seorang lelaki maut manakala isterinya serta seorang lagi wanita parah dalam kemalangan di Kilometer 70.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Pulau Serai, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, Muhammad Izzudin Affandi, 26, yang parah di kepala dan cedera di anggota badan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun, jam 8 pagi.

Isterinya, Nurul Baizura A Bakar, 25, patah kaki dan pinggang, manakala pemandu kereta Toyota Vios, Rohaznida Abdul Rahim, 39, patah kedua-dua belah kaki.

Kedua-dua mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu mangsa dari Kuala Terengganu ke Dungun memotong lori roti.

Kereta mangsa dipercayai gagal memasuki semula lorong kiri jalan sebelum bertembung Toyota Vios terbabit yang datang dari arah bertentang­an.

Ketua Polis Daerah, Superinten­dan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dipanggil bagi membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.

 ??  ?? RAMKARPAL (dua dari kiri) bersama Sithambara­m (dua dari kanan) semasa hadir untuk semakan keputusan Mahkamah Tinggi.
RAMKARPAL (dua dari kiri) bersama Sithambara­m (dua dari kanan) semasa hadir untuk semakan keputusan Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia