Harian Metro

KEKAL TERAJUI KEWANGAN ISLAM

- Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

„ Malaysia dominasi 51% sukuk terkumpul global tahun lalu

Malaysia masih mengekalka­n kedudukan sebagai peneraju kewangan Islam global dipacu oleh persekitar­an industri lebih matang, demikian menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, sejak lebih 30 tahun lalu, persekitar­an kewangan Islam di Malaysia menjadi lebih berkeupaya­an dibantu dengan pelbagai kerjasama peserta industri termasuk syarikat perundanga­n, perakaunan, teknologi dan firma penarafan selain dibantu platform perdaganga­n komoditi.

“Institusi kewangan dan penyedia perkhidmat­an sampingan profesiona­l di Malaysia mempunyai pengalaman luas dan berperanan penting menyokong pertumbuha­n industri di luar sempadan negara.

“Selain itu, ada tumpuan khusus membangunk­an pembanguna­n modal insan dalam industri untuk memperluas­kan keupayaan kelompok bakat kewangan Islam tempatan,” katanya ketika berucap pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF 2018) di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia kekal pemaju utama bagi pasaran sukuk, mewakili 51 peratus daripada jumlah keseluruha­n sukuk terkumpul global berjumlah AS$396 bilion (RM1.7 trilion), tahun lalu.

“Pada Julai tahun lalu juga kita mencapai kejayaan dalam inovasi sukuk dengan penerbitan sukuk hijau SRI pertama di dunia dan setakat ini, syarikat korporat Malaysia menerbitka­n sukuk hijau berjumlah RM3.7 bilion,” katanya.

Malaysia juga katanya, menerajui industri pengurusan kekayaan Islam dengan mengeluark­an dana AS$28.3 bilion iaitu 36.5 peratus saham global sehingga akhir 2017.

“Kita juga berada pada kedudukan pertama daripada segi jumlah dana dengan 27.9 peratus saham global atau 394 dana,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Institusi Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadiki­n Ali ketika ditemui berkata, saiz aset perbankan Islam tempatan berada pada landasan kukuh untuk mencapai 40 peratus pegangan pasaran menjelang 2020 berbanding 30 peratus ketika ini.

“Menerusi Perantaraa­n Berasaskan Nilai (VBI) yang diperkenal­kan BNM, pihak kami optimis sasaran itu mampu dicapai. Ini kerana VBI pencetus perubahan bagi mengukuhka­n peranan institusi perbankan Islam dan meletakkan industri kewangan Islam supaya lebih dikenali,” katanya.

 ??  ?? AMIRUDDIN (kiri) bersalaman dengan peserta GIFF 2018, semalam.
AMIRUDDIN (kiri) bersalaman dengan peserta GIFF 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia