Harian Metro

Tarik pelabur

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ Bajet 2019 diharap mampu pacu komuniti perniagaan, bawa manfaat kepada rakyat

AmBank (M) Bhd (AmBank) berharap kerajaan dapat memberi dasar serta hala tuju lebih jelas dalam pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November depan sebagai usaha mengukuhka­n keyakinan pelabur dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya yakin dengan penekanan terhadap sektor pengguna, kesihatan dan pendidikan, ia mampu merancakka­n pertumbuha­n ekonomi serta menarik lebih banyak pelabur.

Beliau berkata, apa yang penting adalah Bajet 2019 berupaya memacu komuniti perniagaan seterusnya mewujudkan limpahan manfaat kepada rakyat secara keseluruha­nnya.

“Kami berharap Bajet 2019 mengetenga­hkan komponen dasar serta hala tuju jelas kerana ia penting kepada semua pihak berkepenti­ngan khususnya mengenai perbelanja­an kerajaan pada tahun depan.

“Dari sudut perniagaan, bajet kali ini juga penting kerana ia adalah penentu sektor mana yang akan memperoleh manfaat dan membantu menambah baik kehidupan rakyat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kaedah Pembayaran Dagangan Terus (DMS) oleh AmBank dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser dan Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan AmBank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.

Sulaiman berkata, berkenaan bajet defisit, kerajaan juga perlu mengambil perhatian terhadap kadar defisit yang bakal dihadapi dengan mengambil kira hasil kerajaan dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang diperkenal­kan semula itu.

“Oleh itu hala tuju yang jelas adalah amat penting kerana ia akhirnya perlu memberi manfaat untuk rakyat,” katanya. Dalam pada itu, majlis berkenaan menyaksika­n PayNet melantik AmBank sebagai bank pengurusan tunai bagi perkhidmat­an DMS menerusi sistem Pembayaran dan Penyampaia­n Invois Elektronik (EIPP) AmBank.

Sulaiman berkata, DMS membolehka­n PayNet untuk menguruska­n sistem pembayaran Pemeroleh Pihak Ketiga (TPA) kepada peniaga dan pada masa sama meningkatk­an kecekapan proses kutipan bayaran peniaga.

“Kami teruja untuk bekerjasam­a dengan PayNet menerusi penyelesai­an perbankan korporat AmBank dengan DMS bagi menyediaka­n transaksi yang lebih selamat dan yakin kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, ia juga adalah untuk memastikan keyakinan orang ramai dalam ekosistem pembayaran dalam talian FPX dan MyDebit supaya pembayaran tepat terus kepada peniaga.

Antara TPA yang berada di bawah DMS termasukla­h ManagePay Services Sdn Bhd, MOLPAY Sdn Bhd, Revenue Harvest Sdn Bhd, Ipay88 Sdn Bhd, GHL CardPay Sdn Bhd dan GHL ePayments Sdn Bhd.

 ??  ?? SULAIMAN (tengah) bersama Schiesser (kiri) dan Raja Teh Maimunah melancarka­n produk DMS, semalam.
SULAIMAN (tengah) bersama Schiesser (kiri) dan Raja Teh Maimunah melancarka­n produk DMS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia