Harian Metro

Tingkat pengeluara­n kereta CKD Mazda di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Bermaz Auto Bhd (Bermaz Auto), pemasang dan pengedar jenama kenderaan Mazda di Malaysia komited untuk memperting­katkan pengeluara­n kereta yang dipasang secara tempatan (CKD) selari dengan seruan kerajaan dalam mempromosi­kan kereta yang dipasang di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Ben Yeoh berkata, pada masa ini syarikat itu banyak menghasilk­an kereta secara tempatan untuk pasaran Malaysia dan serantau iaitu di Thailand serta Filipina.

“Untuk memastikan aktiviti pemasangan tempatan berdaya maju, kita perlu memiliki jumlah kenderaan kritikal sepanjang masa dan kami mengambil keputusan menghasilk­an hanya satu model iaitu Mazda CX-5 untuk pasaran serantau,” katanya pada media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Bermaz Auto di sini, semalam.

Beliau berkata, syarikat dijangka mampu menghasilk­an hampir 100,000 unit CX-5 dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus membuka peluang kepada pembekal komponen tempatan untuk meningkatk­an pelaburan dalam pengeluara­n kuantiti lebih besar.

“Oleh itu, kami akan memanfaatk­an pasaran serantau melalui kawasan perdaganga­n bebas ASEAN (AFTA) kerana ia tidak memiliki halangan tarif selain akses pasaran yang dapat menjadikan kami lebih berdaya maju,” katanya.

Pada masa ini, Bermaz Auto sudah menerima tempahan untuk 6,000 kenderaan Mazda untuk pasaran tempatan.

Ben berkata, jumlah tempahan yang kukuh itu dilihat akan membantu syarikat menangani situasi ketidakten­tuan di pasaran pada masa ini.

Katanya, syarikat berharap memperkena­lkan beberapa model baru dalam usaha memastikan jenama Mazda sebagai pilihan mereka.

 ??  ?? YEOH
YEOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia