Harian Metro

JINJING KEPALA

- Agensi

Seorang pekerja kilang dengan selamba menjinjing kepala rakannya yang dipenggal ke balai polis selepas membunuh mangsa kerana cuba mengurat ibunya dalam kejadian Sabtu lalu.

Kejadian seumpama itu dilaporkan kali ketiga berlaku membabitka­n mangsa yang dipenggal kepala di Karnataka, barat daya India dalam tempoh sebulan.

The Sun melaporkan, rakaman video menunjukka­n kejadian mengerikan itu apabila suspek, Pashupati, 24, tiba di balai polis Belakavadi selepas menaiki motosikal sejauh 20 kilometer sambil membawa kepala rakannya, Girish, 35.

Dia memberitah­u polis bahawa tindakanny­a itu kerana rakannya cuba mendekati ibunya dengan mengurat wanita terbabit sebelum dia ditahan polis kerana disyaki membunuh.

Times of India melaporkan, suspek dan mangsa adalah rakan sepermaina­n sejak kecil, namun hubungan mereka mula renggang tiga tahun lalu disebabkan masalah itu.

Masalah itu turut mencetuska­n pergaduhan antara mereka hingga penduduk kampung terpaksa campur tangan, namun Pashupati tetap tidak berpuas hati dan merancang membalas dendam.

Pada hari kejadian, suspek memberitah­u kepada mangsa, dia sudah memaafkan lelaki itu sambil menjemputn­ya datang ke rumah menghadiri satu majlis.

Menurut polis, mangsa menerima jemputan itu sebelum suspek memujuk supaya mengikutny­a menaiki motosikal ke kampung Kolathur.

“Apabila mereka tiba di kawasan sunyi, Pashupati menimbulka­n semula masalah antara mereka. Selepas pertengkar­an, dia memenggal kepala mangsa,” kata polis.

Sementara itu, Mirror melaporkan, Superinten­dan Polis,

„ Lelaki bengang penggal rakan ‘mengurat’ ibu

Shivapraka­sh Devaraj berkata, pihaknya masih menyiasat insiden itu, manakala suspek dan mangsa adalah rakan baik.

“Mangsa dipercayai mati pagi itu sebelum kepalanya dipenggal dan dibawa ke balai polis,” katanya.

 ??  ?? PASHUPATI memegang kepala rakannya dan bawa ke balai polis. - Agensi
PASHUPATI memegang kepala rakannya dan bawa ke balai polis. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia