Harian Metro

Jalani hukuman mati sebaik bersalin

-

Teheran: Seorang pengantin kanak-kanak yang baru dua hari melahirkan bayi, menjalani hukuman mati kerana membunuh suami selepas tidak tahan menjadi mangsa dera di Iran.

Zeinab Sekaanvand, 24, dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit ketika berusia 15 tahun dan dipenjara pada 2012 susulan kematian suaminya yang dikatakan menderanya.

Zeinab kemudian berkahwin dengan banduan ketika menunggu hukuman mati dalam penjara.

Hukuman mati ke atas Zeinab sebelum ini tidak dapat dilaksanak­an kerana hamil sehingga Selasa lalu selepas dia bersalin, namun anak yang dilahirkan meninggal dunia.

Hukuman dilaksanak­an di penjara Euromieh di Urmiya, Iran utara.

Sehari sebelum hukuman itu dijatuhkan, Amnesty Internatio­nal memberi amaran kepada Iran supaya tidak melakukann­ya kerana Zeinab melalui proses perundanga­n yang sangat tidak adil.

Amnesty Internatio­nal yang membuat kenyataan di Twitter berkata: “Zeinab yang berusia 24 tahun dilaksanak­an hukuman di Iran pagi ini. Ketika ditahan, dia hanya seorang kanak-kanak dan disabitkan menerusi perbicaraa­n yang tidak adil.

“Dia berkata, pegawai polis menyeksany­a dalam tahanan. Beritahu semua supaya menghentik­an kanak-kanak daripada dihukum mati!”.

Selepas

membunuh suaminya, Zeinab ditahan di balai polis selama 20 hari dan dibelasah teruk oleh polis lelaki. Dia mengaku menikam suaminya.

Menurut laporan Amnesty Internatio­nal, suaminya dikatakan mendera Zeinab secara fizikal dan lisan selama berbulan-bulan serta enggan menceraika­nnya.

Amnesty Internatio­nal mendapati perbicaraa­n itu tidak adil dan tidak mematuhi kanun keseksaan Iran memandangk­an Zeinab tidak diberi hak mendapatka­n pembelaan peguam serta tidak menyertaka­n penilaian sah mengenai keadaan mental dan tahap kematangan­nya. Agensi

 ??  ?? ZEINAB
ZEINAB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia