Harian Metro

Bapa jadikan Trump kaya

- Agensi

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dianggap anak kesayangan bapanya, bilionair Fred Trump Senior (Sr) yang memberinya lebih banyak wang berbanding adik-beradiknya yang lain.

Menurut Daily Mail yang memetik New York Times, Trump menerima sekurang-kurangnya AS$413 juta (RM1.7 bilion - nilai sekarang) daripada bapanya dengan AS$140 juta (RM580 juta) sebagai pinjaman memajukan perniagaan­nya.

Menurut Times yang membuat siasatan selama beberapa tahun, termasuk meneliti dokumen percukaian keluarga itu, Trump menerima AS$200,000 (RM827,489 - nilai sekarang) ketika berusia tiga tahun dan menjadi jutawan pada usia lapan tahun.

Apabila memasuki sekolah tinggi, beliau menerima hasil keuntungan syarikat bapanya AS$17,000 (RM70,336) setahun dan lebih AS$300,000 setahun (RM124 juta) selepas lulus kolej.

Selepas itu, Trump menerima AS$1 juta setahun (RM4.14 juta) sebelum meningkat kepada AS$5 juta (RM20.7 juta) setahun ketika usianya 40-an dan 50-an.

Menurut Times, Fred Sr menganggap anak sulungnya, Fred Trump Jr, tidak berkemampu­an mewarisi perniagaan keluarga. Menurut laporan itu, Fred Jr bekerja dengan bapanya selepas lulus kolej, namun baginya itu adalah keputusan yang silap.

Menurut ahli keluarga dan bekas pekerja, Fred Sr secara terbuka mengkritik anaknya sebagai pemabuk, pemalas dan terlalu lembut, selain tidak senang kerana anaknya tidak memberi perhatian kepada perniagaan keluarga.

Mengetahui bapanya tidak senang dengan abangnya, Trump mengambil langkah menjadi pencabar abangnya sehingga beliau dipilih bapanya untuk menerima sebahagian besar harta serta perniagaan keluarga.

Fred Sr bukan saja memberi sebahagian empayar perniagaan­nya kepada Trump, malah menjadikan anak kesayangan­nya itu sebagai pekerja dengan gaji lumayan, termasuk sebagai pengurus harta, pemilik hartanah, konsultan dan perbankan.

Beliau memberi wang kepada Trump untuk membeli kereta, membayar gaji pekerjanya dan modal untuk membeli saham. Fred Sr turut membantu Trump membeli beberapa pejabat di Manhattan dan membiayai kos ubah suai.

Trump dan bapanya juga memulakan beberapa perniagaan bersama, termasuk membeli bangunan di East Orange, New Jersey pada 1972 untuk warga tua yang ditanggung sepenuhnya oleh bapanya, namun Trump menerima hampir seluruh keuntungan projek itu, termasuk

„ Fred Sr beri RM1.7 bilion kepada anak kesayangan

menjadi pengurus bangunan serta menerima bayaran daripada penyewa.

Tiga tahun selepas itu, pendapatan Trump melalui bangunan itu AS$305,000 setahun (RM126 juta).

Pendapatan terbesar Trump daripada bapanya ialah pada Mei 2004 (Fred Sr meninggal dunia pada 1999) apabila Trump dan adik-beradiknya menjual empayar perniagaan bapa mereka. Bahagian diterima Trump ialah AS$177.3 juta (RM732 juta) atau AS$236.2 juta (RM977 juta) nilai sekarang.

Secara keseluruha­n, siasatan Times mendapati Fred Sr mewujudkan 295 aliran pendapatan untuk Trump. Meskipun semua anaknya dikatakan mendapat faedah sama rata, namun Fred Sr berbelanja lebih untuk Trump yang sering menghadapi masalah dalam perniagaan­ya.

Antara 1989 hingga 1992, Fred Sr membayar AS$8.3 juta (RM34 juta) nilai sekarang untuk membantu Trump, selain turut menyediaka­n wang tunai hampir AS$50 juta (RM206 juta) sebagai persediaan jika Trump memerlukan bantuan dalam perniagaan­nya.

 ??  ?? TRUMP bersama bapanya,
Fred Trump Sr. - Agensi
TRUMP bersama bapanya, Fred Trump Sr. - Agensi
 ??  ?? ADIK-beradik Donald Trump (dari kiri) Robert Trump, Fred Trump, Donald Trump, Ivana Trump, Elizabeth Trump dan Mary Anne Trump.
ADIK-beradik Donald Trump (dari kiri) Robert Trump, Fred Trump, Donald Trump, Ivana Trump, Elizabeth Trump dan Mary Anne Trump.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia