Harian Metro

Wanita dakwa dirogol, pukul mahu saman Facebook

-

Texas: Seorang wanita yang mendakwa dirogol, dipukul dan diseludup untuk tujuan seks pada usia 15 tahun oleh bapa ayam yang menyamar sebagai kawan ‘Facebook’ memfailkan saman terhadap rangkaian sosial itu.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Jane Doe dalam dokumen mahkamah mendakwa eksekutif syarikat itu mengetahui golongan bawah umur terjebak dalam perdaganga­n seks menerusi media sosial berkenaan.

Beliau mendakwa eksekutif Facebook menyedari pengguna bawah umur diumpan dalam perdaganga­n seks.

Dia turut menamakan laman web iklan yang sudah ditutup, Backpage.com dan pengasasny­a sebagai defendan.

Dalam samannya, wanita berkenaan mendakwa berkawan dengan pengguna Facebook pada 2012 yang turut mengenali beberapa rakannya di dunia nyata, malah menghantar mesej kepadanya menerusi Facebook.

Mangsa mendakwa, selepas pertengkar­an dengan ibunya, lelaki terbabit mengajakny­a berjumpa kononnya untuk memujuknya.

Bagaimanap­un, selepas diambil dari rumahnya, lelaki terbabit memukul dan merogolnya sebelum mengambil gambar yang dimuat naik ke Backpage. com.

Susulan itu, plaintif mendakwa Facebook tidak melakukan secukupnya untuk mengesahka­n identiti pengguna yang palsu, dan Jane Doe tidak pernah diberi amaran bahawa penyeludup seks beroperasi di rangkaian media sosial itu.

Backpage.com ditutup pihak berkuasa awal tahun ini susulan siasatan Jabatan Keadilan terhadap dakwaan bahawa ia digunakan untuk memperdaga­ngkan seks. - Reuters

Mumbai: Tiga wanita maut selepas terjatuh ke dalam perigi ketika menyertai upacara keagamaan di sini.

Mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang budak berusia tiga tahun sebahagian daripada pengikut yang menjalani upacara berkenaan di atas perigi sedalam 9 meter pada lewat Selasa.

“Kira-kira 14 wanita terjatuh ke dalam perigi itu apabila jeriji yang mereka duduki runtuh,” kata jurucakap jabatan pengurusan bencana, Tanaji Kamble.

Foto lokasi kejadian memaparkan pekerja jabatan mengepam air untuk misi menyelamat.

Seramai 11 wanita berjaya diselamatk­an dengan lima daripadany­a dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Kematian dan kecederaan adalah perkara biasa setiap kali perayaan keagamaan diadakan di India.

Tahun lalu enam wanita mati dipijak orang ramai ketika menyertai perayaan di Barat Bengal.

Pada tahun 2016, 24 pengikut terbunuh dalam rempuhan di Varanasi di Sungai Ganges. - AFP

 ??  ?? BOMBA mengeringk­an perigi untuk mengeluark­an mayat. - Agensi
BOMBA mengeringk­an perigi untuk mengeluark­an mayat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia