Harian Metro

PERLU TIGA TAHUN

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Prestasi empat pemain muda belum cukup mantap

Bukan setahun tetapi ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk ‘melahirkan’ jaguh dunia dalam acara badminton.

Mengambil contoh Datuk Lee Chong Wei, Misbun berkata, bekas pemain nombor satu dunia mengambil masa selama lima tahun untuk berdiri sebagai antara pemain yang disegani mana-mana lawan.

Katanya, Malaysia ketika ini memiliki pemain berpotensi seperti Lee Zii Jia,

Leong Jun Hao,

Cheam June Wei dan Tan Jia Wei tetapi mereka perlu bekerja keras untuk bersaing di tahap tertinggi.

“Sejak saya kembali ke BAM (Persatuan Badminton

Malaysia) setahun lalu, saya dapat lihat pemain yang berpotensi dan boleh diketengah­kan. Namun, saya memerlukan masa untuk membentuk mereka menjadi pemain yang kita hajatkan,” kata Misbun.

“Seperti Chong Wei dulu, ambil masa lima tahun untuk bentuk dia dan membuatkan dia menyerlah di pentas antarabang­sa. Saya baru setahun di BAM sekarang, jadi saya perlukan waktu untuk membentuk pemain yang ada.”

Skuad badminton negara ketika ini dalam situasi terdesak bagi melahirkan jaguh dunia dalam acara perseorang­an lelaki apatah lagi selepas Chong Wei yang selama ini menjadi penyelamat disahkan menghidap kanser hidung tahap awal.

Masa depan pemain berusia 36 tahun itu masih samar dan belum pasti dapat kembali beraksi.

Misbun menyifatka­n prestasi pemain muda yang ada sekarang masih di tahap pertengaha­n dan belum mampu menjadi pencabar utama kepada jaguh dunia sedia ada.

“Seperti June Wei, dia sudah memenangi gelaran di Belanda, Zii Jia pula namanya mula besar, Jun Hao menang remaja Asia dan Jia Wei baru menang SUKMA (Sukan Malaysia). Ini semua masih di tahap pertengaha­n.

“Untuk mencapai tahap tertinggi mereka perlu beraksi pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia 750 atau 1,000. Namun, mereka belum capai tahap itu untuk beraksi dalam kejohanan berkenaan... jadi mereka perlukan masa,” katanya.

 ??  ?? JIA Wei
JUN Hao
JUNE Wei
ZII Jia
JIA Wei JUN Hao JUNE Wei ZII Jia
 ??  ??
 ?? FOTO: OWEE AH CHUN ?? MISBUN (tengah) memberi taklimat kepada barisan pemain perseorang­an lelaki negara di Akademi Badminton Malaysia.
FOTO: OWEE AH CHUN MISBUN (tengah) memberi taklimat kepada barisan pemain perseorang­an lelaki negara di Akademi Badminton Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia