Harian Metro

Sukar rayu slot automatik ke Olimpik Tokyo

-

Kuala Lumpur: Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mengaku peluang skuad lelaki negara untuk mara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi proses rayuan sangat tipis.

Bagaimanap­un, katanya, badan induk itu tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan terus berusaha terutamany­a bagi meyakinkan delegasi kongres Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) di New Delhi pada 1 hingga 3 November yang dijangka membincang­kan mengenai perkara itu.

“Memang CEO FIH (Thierry Weil) ada membalas surat menyatakan ia tidak dapat dipertimba­ngkan ketika ini kerana perlu melalui IOC (Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa), tapi saya akan pergi ke New Delhi dan akan cuba memberi penerangan di kongres itu.

“Secara jujur peluang sangat tipis, namun tidak bermakna kami tidak akan terus

(gambar)

mencuba. Kami tidak mahu hanya menunggu keputusan tanpa berusaha,” katanya.

Malaysia sebelum ini sudah mengemukak­an cadangan kepada FIH dan Persekutua­n Hoki Asia (AHF) untuk pemenang pingat perak acara lelaki dan wanita di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 layak secara automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bagaimanap­un, Weil dalam reaksi balas kepada AHF sebelum ini menegaskan adalah sukar untuk mengubah sistem kelayakan Sukan Olimpik yang ditentukan oleh IOC dan bukannya FIH.

Malaysia tewas menerusi penentuan penalti pada aksi final Sukan Asia kepada Jepun sekali gus terlepas peluang untuk layak secara automatik ke Tokyo kerana hanya pemenang pingat emas saja berhak mendapat slot itu.

Situasi sama berlaku kepada skuad wanita India yang tewas kepada Jepun pada aksi final.

Mengikut format FIH, sekiranya Jepun muncul juara di Sukan Asia, maka kuota ke Olimpik itu akan dibawa ke kempen kelayakan ke Sukan Olimpik yang berlangsun­g tahun depan.

Kempen itu bermula pada Final Siri Hoki yang berlangsun­g dari 23 April sehingga 1 Mei 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dengan hanya dua pasukan terbaik akan mara ke Acara Final Kelayakan Olimpik hujung tahun depan yang menjadi peringkat terakhir sebelum layak beraksi di Tokyo.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia