Harian Metro

Menanti magis Oltmans

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

„ Beri suntikan prestasi Malaysian Tigers

Pemain tengah skuad hoki negara, Fitri Saari berharap jurulatih baharu, Roelant Oltmans mampu memberikan suntikan tambahan dalam usaha meningkatk­an prestasi Malaysian Tigers.

Bagi Fitri, dia sendiri mengimpika­n kehadiran Oltmans berbaloi, sama seperti ketika dibimbing Paul Revington pada 2012.

“Saya tidak pasti lagi apakah sistem dan struktur latihan yang ingin ditekankan Oltmans. Mungkin ia memakan masa untuk memahami apakah yang beliau inginkan.

“Jika beliau seperti Revington, sudah pasti ia akan banyak membantu kami untuk meningkatk­an prestasi pasukan. Tapi buat masa sekarang kami semua tidak pasti lagi,” katanya.

Jelas Fitri, kehadiran Oltmans

(gambar)

diharap melonjakka­n lagi semangat juang pasukan yang sebelum ini dibimbing Stephen Van Huizen.

“Stephen sudah melakukan banyak perkara positif. Cuma kali ini pihak MHC (Konfederas­i Hoki Malaysia) mahu pasukan menjadi lebih baik dengan kehadiran Oltmans,” katanya.

Fitri dan rakan sepasukan mahu memberi tumpuan terhadap kempen kelayakan yang akan menentukan sama ada Malaysia layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 atau tidak. “Kami semua kembali bersemanga­t untuk beraksi kerana masih mempunyai satu peluang lagi ke Olimpik iaitu menerusi kempen kelayakan,” katanya merujuk kekecewaan yang dialami apabila gagal meraih tiket automatik selepas tewas kepada Jepun pada aksi final Sukan Asia di Jakarta dan Palembang 2018.

Revington yang membimbing skuad negara dari Oktober 2012 mengambil keputusan untuk berundur pada 2014 berikutan masalah kesihatan.

Sepanjang tempoh singkat pengendali dari Afrika Selatan itu, banyak peningkata­n dipamerkan skuad negara.

Oltmans yang pernah membimbing India dan Pakistan, ditawarkan kontrak selama dua tahun oleh MHC dengan matlamat utama memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 manakala Stephen pula bertindak selaku penolong jurulatih dan pengurus. Kuala Lumpur: Ketika pakej gaji bulanan RM175,000 Lim Teong Kim menjadi tajuk utama akhbar sejak seminggu lalu, pemotongan peruntukan dalam semua sukan di Malaysia mungkin tidak dapat dielakkan pada masa depan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali

mengesahka­n kementeria­nnya dan Majlis Sukan Negara (MSN) kini sedang melihat semula program yang ditanggung kerajaan dan perancanga­n mereka untuk tahun depan.

“Berdasarka­n kedudukan ekonomi ketika ini dan situasi kewangan negara tahun depan, kami perlu bersedia untuk melihat perubahan dalam program yang kami sudah atur,” kata Lokman.

“Daripada apa yang saya faham, pada ketika ini kami sedang mengkaji semula dan mengkhusus­kan program kami dengan keadaan ekonomi semasa bagi menjadikan­nya lebih berkesan dan konsisten.

“Kami akan cuba melakukann­ya tanpa memberi kesan terhadap apa yang sudah dirancang untuk masa depan, terutama tahun depan.

(gambar)

 ??  ?? FITRI (kanan) harap Oltmans dapat tingkatkan prestasi pasukan.
FITRI (kanan) harap Oltmans dapat tingkatkan prestasi pasukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia