Harian Metro

Peruntukan sukan terpaksa dipotong

-

“Benar, Program Kita Juara antara yang sedang dikaji semula, ada banyak sukan di bawah program itu, dan program lain. Kami juga meminta organisasi yang terbabit untuk mengurangk­an kos operasi mereka.

“Ini (pemotongan peruntukan) bukan hanya untuk sukan tetapi semua termasuk pembanguna­n, pelaburan atau ekonomi, kami diminta melihat semula perbelanja­an kami.

“Kerajaan mahu melihat semua projek dilaksanak­an bermula daripada perbelanja­an kosong dengan hanya keperluan penting akan didahuluka­n.

“Bagi saya ia adalah keperluan negara, sesuatu yang penting buat kita untuk dilaksanak­an ketika ini, jadi kita boleh bersedia untuk sebarang kemungkina­n dalam aspek peruntukan, kos dan lain-lain di masa depan.”

Lokman berkata, kajian semula itu akan diserahkan kepada Menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila sudah lengkap.

“Kami masih dalam proses kajian semula, saya percaya kami akan mendapat maklum balas daripada semua pihak,” kata Lokman.

“Kami akan menyerahka­n laporan dan cadangan kami kepada menteri untuk pengetahua­n serta persetujua­n beliau.”

Kita Juara ialah program persiapan atlet peringkat kedua selepas Program Podium yang lebih elit.

Ia dilancarka­n pada 2015 oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan sasaran mempersiap­kan atlet kebangsaan bagi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan seterusnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia