Harian Metro

Serena sertai Piala Hopman

-

London: Serena Williams bakal memulakan musim 2019 di Perth, Australia selepas mengesahka­n dia akan menyertai Piala Hopman.

Serena 37, akan mewakili Amerika Syarikat bersama Frances Tiafoe dalam acara berpasukan, yang akan bermula 29 Disember depan.

Juara Grand Slam 23 kali itu dijangka bertemu Roger Federer pada Tahun Baru 2019, apabila Amerika Syarikat bertemu Switzerlan­d.

“Saya seronok dapat bermain di Australia dan di hadapan penonton di Arena

Perth,”

(gambar)

kata Serena.

“Peminat Australia amat peramah dan sentiasa memberi sokongan padu, malah Piala Hopman juga sering membantu menyediaka­n permulaan musim yang hebat, terutama sekali menjelang Terbuka Australia.

“Saya tidak pernah bermain dengan Tiafoe dalam acara beregu campuran sebelum ini tetapi pernah menyaksika­n aksinya tahun ini.

“Dia pemain yang mempunyai masa depan yang sangat cerah dan saya tidak sabar untuk bekerjasam­a dengannya, ia pasti menyeronok­kan.”

Musim 2018 bagi Serena mungkin sudah berakhir dengan pemain veteran itu tidak beraksi sejak kekalahan Terbuka Amerika Syarikat kepada Naomi Osaka bulan lalu.

Bintang Jerman, Angelique Kerber dan Alexander Zverev juga dijadual beraksi pada Piala Hopman.

– Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia