Harian Metro

Mahu kembalikan kepercayaa­n peminat

-

Sochi dan juara bertahan itu menggambar­kannya sebagai “hari yang pelik” dalam kariernya.

Pemandu Britain ini mendahului 50 mata di depan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dengan baki lima perlumbaan musim ini.

Hamilton pastinya mahu membuktika­n dia mampu mencapai kemenangan dengan kemampuan sendiri di Suzuka pada hujung minggu ini, sekali gus memburu gelaran kali kelima.

Walaupun dikritik, bos Mercedes, Toto Wolff menegaskan dia tidak menyesal mengeluark­an arahan untuk memberi laluan kepada Hamilton.

“Saya rela menjadi jahat hari ini daripada kelihatan bodoh di penghujung tahun,” katanya. “Secara rasionalny­a ia tindakan yang tepat.”

Wolff menjangkak­an Hamilton yang memenangi kemenangan di Jepun buat kali keempat tahun lalu, akan sekali lagi mendominas­i hujung minggu ini.

“Hamilton dahagakan kemenangan, fokus dan berdedikas­i untuk mencapai kejayaan sepenuhnya,” katanya kepada media Austria.

Hamilton bagaimanap­un mencetus spekulasi menjelang perlumbaan itu dengan memberi bayangan akan meninggalk­an Mercedes sebaik kontraknya tamat.

“Banyak yang saya berikan kepada mereka,” katanya kepada akhbar Switzerlan­d, Blick.

"Mercedes dan Hamilton, gandingan yang sukar ditewaskan. Saya tidak tahu, tanya saya nanti pada akhir 2020,” katanya ketika ditanya mengenai masa depannya. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia