Harian Metro

MOURINHO BIKIN PANAS

- AFP

Manchester

Jose Mourinho bakal terjebak dalam satu lagi episod pertelingk­ahan dengan pemain bintang Manchester United, apabila beliau menyelar barisan pemainnya kerana tidak memiliki kualiti teknikal selepas seri 0-0 ketika menentang Valencia, semalam.

Aksi Liga Juara-Juara yang mengecewak­an di Old Trafford itu membuatkan anak buah Mourinho kini mengharung­i empat perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan.

United tidak mempunyai banyak peluang untuk menjaringk­an gol berdepan lawan yang juga tidak berada pada prestasi terbaik malah tuan rumah diejek peminat sebaik saja tamat perlawanan.

Ia satu lagi tamparan hebat buat Mourinho, yang mula dikecam selepas mengatasi rekod terburuk United untuk musim liga dalam tempoh 29 tahun.

Mourinho sebelum ini bertelingk­ah dengan tonggak tengah, Paul Pogba, serta beberapa pemain lagi dalam skuadnya.

Dan kali ini, beliau mempertika­ikan mengenai keupayaan tempat benteng yang diturunkan ketika menentang Valencia yang dibarisi Antonio Valencia, Chris Smalling, Eric Bailly dan Luke Shaw.

“Kami tidak mempunyai kualiti teknikal untuk memulakan gerakan dari bawah,” kata Mourinho. “Pemain sudah mencuba.

“Mereka meningkatk­an rentak permainan walaupun kita tidak mempunyai ramai pemain yang mampu berbuat begitu.

“Kami mempunyai beberapa peluang terbaik untuk me- nang, tetapi saya perlu menerima ini sebagai keputusan yang wajar.”

Mourinho mengakui United terlalu fokus untuk menyekat Valencia daripada menimbulka­n masalah walaupun beraksi di laman sendiri, kerana ketika ini pasukannya tidak mempunyai tahap keyakinan yang baik.

“Ia bukan keputusan yang buruk.

Bukan juga keputusan yang baik, tetapi boleh tahan.

Kami

„ Selar anak buah tidak memiliki kualiti teknikal selepas seri ketika berdepan Valencia

mempunyai dua perlawanan menentang Juventus untuk mengutip mata. Ia kumpulan yang sukar.

“Kami akan berdepan Newcastle (hujung minggu ini) sebelum liga berehat seketika, kemudian kami bertemu

Chelsea dan Juventus dalam tempoh tiga hari. Bagus untuk pasukan jika kami dapat menewaskan Newcastle,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia