Harian Metro

Dybala ledak hatrik buat Juve

-

Turin, Itali: Paulo Dybala meledak hatrik ketika Juventus menang 3-0 dalam pertembung­an Liga Juara-Juara menentang Young Boys untuk mendahului Kumpulan H semalam, walaupun pasukan itu dikatakan bergelut selepas kehilangan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo yang digantung perlawanan hanya menonton aksi itu dari tempat duduk penonton, selepas mengutip kad merah ketika jaguh Itali berkenaan menang 2-0 ke atas Valencia, pada aksi pertama kumpulan.

Namun, Dybala yang dibayangi Ronaldo sejak ketibaan bintang Portugal itu dari Real Madrid, berjaya mencetuska­n impak besar dalam penampilan pertama di pentas Eropah pada musim ini, bermula dengan voli menarik untuk meledak gol pertama pada minit kelima selepas menerima bola tinggi daripada Leonardo Bonucci.

Dia menggandak­an jaringan pada minit ke-33, apabila bijak mengutip bola muntah hasil percubaan Blaise Matuidi dan gol ketiga muncul hasil hantaran kemas Juan Cuadrado pada minit ke-69.

Young Boys, juara dari Switzerlan­d beraksi 10 pemain sepanjang 15 minit terakhir apabila bek tengah mereka, Mohamed Ali Camara dilayangka­n kad merah selepas mengutip kad kuning kedua apabila mengasari Dybala.

“Saya memang mahukan perlawanan seperti ini,” kata Dyabala, 24.

“Cukup jelas, pemain memang sentiasa mahu beraksi. Musim lalu, saya menempuh pengalaman sebaliknya, saya meledak banyak jaringan dan selepas ini, mula hilang sentuhan.

“Semua itu membuatkan saya terpaksa bekerja keras untuk mendapatka­n kembali rentak, dan kini saya sedang menikmatin­ya.”

Setakat ini, Juventus mengekalka­n rekod 100 peratus kemenangan dalam sembilan perlawanan pada musim ini, tujuh di saingan liga serta dua di pentas Eropah.

“Kami beraksi tanpa Ronaldo dan pada ketika ini, situasi menjadi lebih mudah jika dia disenaraik­an. Namun, kami masih pasukan yang baik ketika bersamanya atau tanpa Ronaldo,” tambah pemain dari Argentina itu. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia