Harian Metro

Silva pasti kemenangan milik City

-

Moscow: Kesilapan yang dilakukan Toni Kroos

membuktika­n masalah jaringan yang dihadapi Real Madrid semakin berterusan, selepas juara bertahan Liga Juara-Juara itu dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada CSKA Moscow, semalam.

Gareth Bale dan Sergio Ramos adalah antara beberapa tonggak yang tidak beraksi di Stadium Luzhniki, tetapi hantaran ke belakang oleh Kroos berjaya dipintas Nikola Vlasic dan memberikan tuan rumah gol pendahulua­n seawal 68 saat perlawanan berlangsun­g.

Madrid cuba mencari gol penyamaan, namun gagal apabila CSKA kukuh bertahan dan menyaksika­n juara Eropah itu terus gagal meledak jaringan dalam tiga perlawanan besar setakat ini.

Penjaga gol veteran CSKA, Igor Akinfeev dibuang padang Sinsheim, Jerman: Pep Guardiola menggambar­kan kemenangan 2-1 Manchester City di Hoffenheim semalam sebagai antara satu hari paling bahagia bersama kelab itu.

Pengendali skuad juara Liga Perdana Inggeris itu percaya, perkara penting yang dipelajari daripada kemenangan di tempat lawan itu akan membawa kejayaan Liga Juara-Juara pada masa hadapan.

Dalam pertembung­an itu, gol lewat permainan oleh David Silva memastikan kemenangan buat City yang kembali menghidupk­an kempen mereka, selepas tewas 1-2 kepada Lyon, di laman sendiri, dua minggu lalu.

Silva meledak jaringan tiga minit sebelum tamat dan Guardiola berpuas hati dengan semangat juang serta kesabaran anak buahnya pasa masa kecederaaa­n, selepas mengutip dua kad kuning, namun ia lansung tidak menghalang tuan rumah meraih kemenangan cukup penting itu.

CSKA kini mengatasi kedudukan Madrid dalam Kumpulan G, selepas menyaksika­n skuad bimbingan Julen Lopetegui hilang corak serangan serta sentuhan jaringan. Cukup jelas, mereka memerlukan Bale, Isco dan dalam mengasak Hoffenheim yang lebih banyak bertahan.

City dikejutkan dengan jaringan Ishak Belfodil hanya selepas 44 saat sepak mula, tetapi Sergio Aguero pantas menyamakan kedudukan sebelum jaringan Silva, yang mungkin juga sentuhan magis Cristiano Ronaldo.

Bale dan Ramos ditinggalk­an di Madrid ketika mereka berkunjung ke Moscow, manakala Isco dan Marcelo dalam proses pemulihan selepas pembedahan apendiks serta kecederaan betis. Luka Modric pula disenaraik­an tetapi bermula di bangku simpanan.

Kehilangan ramai pemain tonggak menyaksika­n pengendali Madrid terpaksa menyenarai­kan ramai muka baharu termasuk pemain 21 tahun, Sergio Reguilon di bahagian bek kiri, serta tiga pemain berusia 22 tahun, Dani Ceballos, Marco Asensio dan Alvaro Odriozola.

Minggu lalu, Madrid ketinggala­n tiga gol kepada Sevilla pada babak pertama, namun kali ini, mereka dibolosi dalam tempoh dua minit selepas perlawanan berlangsun­g. – AFP mencuri bola daripada Stefan Posch dan membolosi gawang tuan rumah.

“Tewas di laman sendiri (kepada Lyon) menyukarka­n keadaan dan dibolosi awal (di Hoffenheim) cukup perit, tetapi kami bangkit menentang apa saja hari ini,” kata Guardiola.

“Kami perlu biasakan diri dengan keadaan ini, dua musim sebelumnya tidak mudah untuk melayakkan diri, tetapi kami mampu melakukann­ya dengan satu atau dua perlawanan berbaki.

“Saya rasa ia akan ditentukan sehingga perlawanan terakhir kali ini. Pertanding­an ini tidak selalunya mudah.

“Manchester City adalah kelab yang hebat, tetapi kami tidak mempunyai sejarah terpaksa berjuang habis-habisan dan kami melakukann­ya di sini kali ni.” - AFP

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN City meraikan kemenangan selepas membenam Hoffenheim.
PEMAIN City meraikan kemenangan selepas membenam Hoffenheim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia