Harian Metro

‘Harimau import’ tak kekok

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Meskipun boleh dilabel junior di dalam skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh mengaku dia tidak berdepan masalah untuk menyesuaik­an dirinya dengan pelatih lain.

Bagi Sumareh, sebahagian besar pelatih skuad Harimau Malaya bukanlah asing baginya kerana dia sendiri sudah lebih enam tahun bergeluman­g dengan arena bola sepak negara.

Satu-satunya perkara yang mungkin menjadi beban buat pemain kelahiran Gambia itu ialah harapan tinggi yang diletakkan peminat di bahunya apatah lagi dengan status selaku ‘Harimau import’.

“Ini cabaran baharu buat saya. Saya sukakan cabaran dan saya yakin tidak berdepan masalah untuk menyesuaik­an diri dengan pemain lain.

“Saya tidak mahu menjadikan segala gelaran ke atas saya sebagai tekanan, kerana saya lebih suka melihatnya sebagai cabaran. Ini adalah satu permulaan baharu buat saya jadi saya mengharapk­an semuanya berjalan lancar.

“Walaupun saya akan memasuki dunia baharu tetapi saya yakin tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaik­an diri dengan corak permainan mahu pun rakan sepasukan.

“Saya sudah mengenali kebanyakan daripada mereka memandangk­an saya sudah beraksi lebih enam tahun dalam saingan liga tempatan. Saya tahu cara mereka bermain dan mereka juga sudah tentu tahu cara permainan saya.

“Saya harap kehadiran saya dapat membantu skuad kebangsaan menjadi lebih baik. Saya tidak sabar menunggu untuk mewakili Malaysia,” katanya.

Semalam, Sukan NSTP melaporkan pemain sayap Pahang itu mencipta sejarah apabila menjadi pemain import pertama beraksi untuk skuad Harimau Malaya.

Penantian pemain berusia 27 tahun itu yang selama ini mengaku mahu beraksi bersama Malaysia berakhir selepas dia mendapat panggilan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula Isnin depan.

Pemain yang digelar ‘Keli Boy’ dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah itu adalah antara enam pemain baharu yang dipanggil pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi dua perlawanan persahabat­an kelas ‘A’, bermula dengan Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober.

Selepas itu, Malaysia akan melayan Republik Kyrgyztan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober 2018.

„ Sumareh yakin cepat sesuai diri dengan rakan sepasukan

 ??  ??
 ??  ?? SUMAREH (kiri) sudah lebih enam tahun bergeluman­g dengan bola sepak Malaysia.
SUMAREH (kiri) sudah lebih enam tahun bergeluman­g dengan bola sepak Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia