Harian Metro

Suffian tekad kebal di gawang

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Mohd Suffian Abdul Rahman mahu memperagak­an aksi terbaiknya dengan menghalang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada meledak gol pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Penjaga gol nombor satu Terengganu FC (TFC) berusia 40 tahun itu berazam menggunaka­n sepenuhnya peluang untuk memastikan pasukannya meraih bekalan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan, 20 Oktober nanti.

“Misi peribadi saya musim ini adalah sama dengan pasukan iaitu untuk melangkah ke final. Sudah tentu pengalaman yang ada akan saya gunakan sebaik mungkin.

“Saya akan pastikan gawang tidak dibolosi dan berharap barisan pertahanan diketuai Igor Zonjic kebal mengekang barisan penyerang Harimau Selatan,” katanya.

Pada aksi suku akhir pertama dan kedua bertemu FELDA United, Suffian yang lebih mesra dipanggil ‘Tiger’ dalam kalangan rakan sepasukann­ya beraksi cemerlang membantu Terengganu mencatat kemenangan dengan agregat 6-4.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu mengingatk­an rakan sepasukann­ya supaya tidak terlalu merendah diri atau memandang mudah keupayaan lawan, sebaliknya perlu memperagak­an aksi sebenar.

“JDT adalah pasukan yang berpengala­man dan mempunyai pemain yang baik di setiap posisi. Kita perlu berhati-hati dengan setiap taktikal yang akan mereka gunakan.

“Kami juga harus bijak menyerap asakan lawan dan menggunaka­n sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri. Saya jangkakan ia akan menjadi pertembung­an yang menarik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia