Harian Metro

‘Terengganu patut bimbang’

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

„ Figueroa pertaruh barisan terkuat bawa pulang mata dari Kuala Terengganu

Luciano Figueroa sudah menyediaka­n ramuan paling berbisa untuk dihidangka­n kepada Terengganu ketika pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan gergasi Pantai Timur itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Figueroa yang juga pengurus JDT, merancang untuk membawa pulang bekalan selesa pada aksi separuh akhir pertama itu dan satu-satunya perkara yang membuatkan bekas penyerang Harimau Selatan berkenaan bimbang ialah permukaan padang di stadium keramat Terengganu yang mungkin menyukarka­n pergerakan serta hantaran anak buahnya nanti.

Status Terengganu selaku tuan rumah pada perlawanan itu belum cukup untuk JDT merasa gentar sebaliknya Figueroa yang boleh menurunkan kesebelasa­n utama terbaiknya, sedia memberi tentangan sengit.

Katanya, selepas menumbangk­an Pahang dengan agregat 3-1 di suku akhir, persiapan mereka kini terarah kepada usaha mengatasi Terengganu di tempat lawan.

“Memang kami mahu menang pada aksi separuh akhir pertama walaupun sedar berdepan kesukaran kerana beraksi di tempat lawan dan Terengganu juga memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti, tapi dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

“Terengganu sudah pasti akan turun habis-habisan untuk menewaskan kami dan sudah tentu kami tidak rela ia berlaku. Mereka (Terengganu) yang sepatutnya risau dengan kekuatan kami.

“Persiapan kami berjalan lancar dan tiada pemain yang mengalami kecederaan atau digantung. Ia memberi peluang untuk saya dan Benjamin Mora menyenarai­kan kesebelasa­n terbaik untuk berdepan barisan pemain Irfan Bakti (Abu Salim),” katanya.

Ketika saingan Liga Super musim ini, JDT mengekalka­n rekod bersih 100 peratus ke atas Terengganu selepas menang 1-0 pada aksi di Kuala Terengganu (10 Mac) sebelum sekali lagi menewaskan skuad Penyu dengan keputusan 2-0 di Larkin (20 Jun).

“Kemenangan ke atas Terengganu pada saingan liga sudah menjadi sejarah. Kini cabarannya lebih hebat kerana kami turun beraksi di separuh akhir dan ia perlawanan kalah mati. Kami harus fokus tanpa membuat kesilapan.

“Apa yang merisaukan saya adalah keadaan padang di stadium berkenaan yang mungkin menjejaska­n rentak permainan JDT. Namun, kami akan beri yang terbaik pada 90 minit perlawanan dan Terengganu patut risau dengan penampilan kami nanti,” kata Figueroa.

 ??  ?? HARIMAU Selatan mahu raih bekalan selesa apabila bertandang ke Kuala Terengganu, Sabtu ini.
HARIMAU Selatan mahu raih bekalan selesa apabila bertandang ke Kuala Terengganu, Sabtu ini.
 ?? Luciano Figueroa ?? Apa yang merisaukan saya adalah keadaan padang di stadium”
Luciano Figueroa Apa yang merisaukan saya adalah keadaan padang di stadium”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia