Harian Metro

‘Habuan besar kalau masuk final’

- Zahratulha­yat Mat Arif zahratulha­yat@nstp.com.my

Ipoh: Ganjaran besar menanti pemain dan staf kejurulati­han Perak jika layak ke final Piala Malaysia, kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

“Kami tunggu pengumuman Menteri Besar (Ahmad Faizal Azumu) esok (hari ini). PAFA dengan sokongan dan bantuan kerajaan negeri, akan memberi insentif kepada seluruh pasukan Perak untuk memberikan suntikan semangat serta nilai tambah untuk mereka beraksi dengan lebih semangat seperti yang ditunjukka­n ketika menentang PKNS FC baru-baru ini.

“Di suku akhir, tiada sesiapa meletakkan harapan untuk Perak melangkah ke separuh akhir kerana kami tidak pernah menang dengan PKNS sebelum ini. Tapi, atas semangat jitu dan suntikan semangat daripada Menteri Besar, pemain dapat beraksi lebih baik,” katanya.

Perak yang kali terakhir melangkah ke final Piala Malaysia edisi 2007, akan bertemu Sabah pada separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ahad ini.

“Semua rakyat Perak mengimpika­n suasana perlawanan akhir Piala Malaysia. Pertembung­an dengan Sabah, walaupun kami tidak pernah bertemu sebelum ini kerana mereka beraksi dalam Liga Perdana, tapi apabila berada di separuh akhir, semua empat pasukan mampu layak ke perlawanan akhir,” katanya.

Ditanya mengenai peluang Perak untuk layak ke final, Hasnul percaya Perak mempunyai peluang cerah di bawah bimbingan jurulatih, Mehmet Durakovic.

“Saya lihat mereka bertambah yakin dan suasana harmoni yang lebih mendalam serta perhubunga­n antara pemain nampak jitu. Kami perlu menggunaka­n kesempatan beraksi di tempat sendiri Ahad ini supaya dapat bekalan gol yang selesa sebelum beraksi di Likas,” katanya.

 ??  ?? KALI terakhir Perak mara final Piala Malaysia pada 2007.
KALI terakhir Perak mara final Piala Malaysia pada 2007.
 ??  ?? HASNUL
HASNUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia