Harian Metro

‘Tak pening dah...’

„ Skuad B-19 lega tak diundi satu kumpulan dengan Indonesia

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Biasanya masalah hanya akan berlaku bila kita bermain menentang mereka saja” Bojan Hodak

Skuad B-19 negara boleh menarik nafas lega apabila tidak berada dalam kumpulan sama dengan tuan rumah, Indonesia pada kempen Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 yang bakal berlangsun­g di Bekasi, 20 Oktober ini.

Bukan kerana bimbang ditewaskan, namun perkara lebih besar yang sedikit menggentar­kan hati pemain ketika ini ialah gejala bola sepak yang semakin meruncing di negara republik berkenaan.

Insiden keganasan bola sepak Indonesia memuncak baru-baru ini apabila seorang penyokong Persija Jakarta maut selepas dipukul sekumpulan penyokong Persib Bandung sebelum perlawanan membabitka­n kedua-dua pasukan di Gelora Lautan Api, Bandung.

Malah, pemain skuad B-16 kebangsaan pernah berdepan saat mencemaska­n apabila mereka terpaksa mengharung­i provokasi melampau penyokong tuan rumah ketika Kejohanan AFF B-16, Ogos lalu.

Skuad B-19 sendiri juga tidak terlepas apabila mereka disambut dengan balingan botol minuman dan batu selepas mengalahka­n tuan rumah di separuh akhir Kejohanan AFF B-19 di Surabaya, Julai lalu.

Bagaimanap­un, jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Bojan Hodak percaya anak buahnya tidak perlu bimbang dengan gejala samseng bola sepak kerana beliau yakin dengan jaminan keselamata­n pihak penganjur dan anak buahnya hanya perlu fokus kepada aksi masing-masing. “Saya fikir kita tidak ada masalah untuk ke sana, malah kita tidak bermain dalam kumpulan yang sama dengan Indonesia, biasanya masalah hanya akan berlaku bila kita bermain menentang mereka saja,” kata Hodak yang berlepas ke Doha semalam bagi aksi persahabat­an dengan Qatar B-19, Jumaat ini.

Hodak percaya beliau sudah memiliki himpunan pemain terbaik untuk melakar kejutan di kejohanan itu nanti.

“Ini pasukan terbaik yang saya ada selepas menguji pemain selama setahun. Sebelum ini kebanyakan pemain tidak memiliki pengalaman, tapi mereka semakin meningkat dan berjaya memenangi Piala AFF dan layak ke pusingan akhir AFC,” katanya.

Skuad negara akan berdepan Arab Saudi, Tajikistan dan China dalam saingan Kumpulan D dengan misi memburu tempat ke separuh akhir untuk meraih tiket automatik ke Piala Dunia B-20 2019 di Poland.

 ??  ?? SKUAD B-19 negara buru slot automatik ke Piala Dunia B-20 2019 di Poland.
SKUAD B-19 negara buru slot automatik ke Piala Dunia B-20 2019 di Poland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia