Harian Metro

Ramai tertipu pekeliling palsu

-

Kota Kinabalu: Surat pekeliling Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang menyatakan orang ramai tidak perlu menggunaka­n kupon parkir dan tiada saman dikeluarka­n sebagaiman­a tular di laman sosial mengeliruk­an ramai pemilik kenderaan di bandar raya ini.

Surat bertajuk ‘Hari Tanpa Kupon dan Saman sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sabah 2018’ itu tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Antara isi kandungan surat bertarikh 1 Oktober 2018 ditujukan kepada semua kakitangan DBKK itu menyatakan pihak pengurusan Bahagian

Letak Kereta DBKK akan menjalanka­n hari tanpa kupon dan saman berkuat kuasa semalam hingga Jumaat.

Bagaimanap­un, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai menerusi kenyataan semalam, mengesahka­n surat pekeliling seperti tersebar di laman sosial itu tidak benar.

Sementara itu, pemilik kenderaan, Felix Vun, 39, berkata, dia mengetahui surat pekeliling berkenaan menerusi WhatsApp sejak beberapa hari lalu dan isi kandungann­ya amat meyakinkan, apatah lagi menggunaka­n logo DBKK dan ditandatan­gani Pengurus Besar DBKK Holdings.

“Ramai pemilik kereta, termasuk saya percaya surat ini adalah benar. Tambahan lagi, walaupun beberapa hari tular, DBKK tidak mengeluark­an kenyataan menafikann­ya.

“Saya dan ramai lagi rakan disaman kerana tidak menggunaka­n kupon parkir. Harap pihak DBKK mempertimb­angkan semula untuk membatalka­n saman atau mengembali­kan wang yang sudah dibayar ekoran kekeliruan ini,” katanya ketika ditemui NSTP.

 ??  ?? DBKK mengenakan saman kepada pemilik kereta yang tidak mempamerka­n kupon parkir.
DBKK mengenakan saman kepada pemilik kereta yang tidak mempamerka­n kupon parkir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia