Harian Metro

Gian tengah laut

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

„ PPM Semporna tahan tiga lelaki warga asing salah guna dadah

Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki warga asing kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah di kawasan perairan Sim-Sim dekat sini, awal pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Semporna, Deputi Superinten­dan Jaffri Bidin berkata, tiga suspek yang menaiki sebuah bot ditahan sepasukan tujuh anggota Unit Risikan Marin (URM) selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an pada jam 4 pagi.

Katanya, susulan pemeriksaa­n, juragan bersama dua lelaki berusia 30 hingga 45 tahun mengaku daripada suku kaum Bajau Laut dan tidak memiliki dokumen pengenalan

diri yang sah. “Pemeriksaa­n lanjut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgu­naan dadah, antaranya dua peket plastik lut sinar mengandung­i syabu, dua gulung kecil foil aluminium, satu jarum suntikan, pemetik api dan peralatan lain,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Jaffri berkata, pihaknya turut merampas bot digunakan suspek bersama enjin sangkut jenis Yamaha Enduro 40 kuasa kuda (hp) yang semuanya dianggarka­n bernilai RM 13,641.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutny­a dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. Seorang lelaki yang cuba mencuri dompet peniaga gerai nasi ayam penyet di Jalan Semarak di sini, ditahan orang awam, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, suspek berusia 29 tahun menunggang motosikal dalam keadaan mencurigak­an berhampira­n gerai milik wanita berusia 53 tahun berkenaan.

Suspek turun dari motosikal sebelum meluru ke arah mangsa dan melarikan dompet yang diletakkan di meja gerai berkenaan.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa menjerit meminta pertolonga­n sebelum beberapa lelaki mengejar suspek yang melarikan diri ke jalan utama.

Selepas beberapa meter dikejar, suspek ditahan dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Mengesahka­n kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, polis yang dimaklumka­n mengenai kejadian oleh orang awam pergi ke lokasi untuk menahan suspek.

“Polis menemui semula dompet yang dilarikan suspek dan mangsa membuat laporan untuk tindakan selanjutny­a.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun serta denda jika sabit kesalahan,” katanya.

 ??  ?? PPM Semporna merampas bot dinaiki tiga suspek.
PPM Semporna merampas bot dinaiki tiga suspek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia