Harian Metro

Tahan dua tokan cuba cabut lari

-

Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan berhampira­n Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) lama di sini, Isnin lalu.

Serbuan jam 10.20 malam dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama diketuai Inspektor Syed Muhammad Iqbal Syed Yassin.

Ketika serbuan, suspek berusia 36 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigak­an sebelum cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun ditangkap selepas berlaku pergelutan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, hasil soal siasat suspek mengaku menyembuny­ikan dadah di tebing berhampira­n.

“Pemeriksaa­n polis menemui satu bungkusan plastik hitam mengandung­i dua peket plastik lut sinar berisi bahan hablur jernih disyaki syabu.

“Suspek juga memberitah­u polis dia mahu menghantar dadah itu kepada lelaki dikenali

sebagai Apang yang akan datang menggunaka­n bot,” katanya di sini, semalam.

Fadil berkata, susulan maklumat, polis menahan seorang lagi suspek berusia 22 tahun disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah berkenaan.

Beliau berkata, nilai rampasan dadah itu dianggar berjumlah RM10,000 dan ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif methamphet­amine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia