Harian Metro

Bukan sengaja khianati parti

-

Setiap bekas wakil rakyat UMNO yang keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian dan bukan sengaja mahu mengkhiana­ti parti.

Sambil mengakui UMNO mempunyai hak mengambil tindakan termasuk mengemukak­an saman terhadap bekas wakil rakyat yang keluar parti itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berkata, beliau juga ada hak mempertaha­nkan diri.

“Itu hak parti (saman) jika mereka (UMNO) fikir ada ‘locus standi’. Bagaimanap­un, saya juga ada alasan tersendiri... ini kerana bukan semua (wakil rakyat) yang keluar parti sebab khianat, tetapi mungkin ada alasan lain.

“Ia mungkin disebabkan tiada kerjasama dalam kalangan parti itu sendiri termasuk di peringkat bahagian. Apabila tiada kerjasama dengan kepemimpin­an peringkat bahagian, kita seolah-olah jadi pembangkan­g dalam parti sendiri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 1 Ogos lalu, Saddi mengumumka­n keluar UMNO dan Barisan

Nasional (BN) untuk menjadi ADUN Bebas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pada PRU14 lalu, Saddi yang bertanding atas tiket BN mempertaha­nkan kerusi DUN Sukau dengan majoriti 1,628 undi selepas memperoleh 4,660 undi mengalahka­n tiga calon lain.

Mengulas lanjut, Saddi berkata, setakat ini beliau belum menerima apa-apa writ saman daripada

UMNO sejak keluar parti tu pada 1 Ogos lalu.

Baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar pada Perhimpuna­n Agung

UMNO 2018 itu berkata, UMNO akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat daripada parti itu yang melompat parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

 ??  ?? SADDI
SADDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia