Harian Metro

Kaji semula sistem subsidi Hero masyarakat

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

Kerajaan bersedia untuk mengkaji semula sistem pemberian subsidi pengangkut­an barangan ke luar bandar di Sarawak supaya tidak membebanka­n pengguna.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng

Jen berkata, langkah itu juga diambil bagi memastikan tidak berlaku pembaziran peruntukan dalam pemberian subsidi untuk manfaat penduduk luar bandar.

Beliau berkata, berlaku pembaziran dalam penyaluran subsidi yang dilaksanak­an kerajaan sebelum ini menyebabka­n ia tidak digunakan sebaik mungkin kepada golongan sasar.

“Saya akan membawa perkara ini kepada Menteri (Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail) untuk dibincangk­an dan berharap ia (subsidi) akan dikaji semula untuk manfaat rakyat khususnya di luar bandar,” katanya selepas meninjau harga barangan di bandar raya ini, kelmarin.

Ahli Parlimen Stampin itu berkata, kerajaan ingin mewujudkan sistem baharu yang lebih baik dan efisien untuk memantau penyaluran subsidi diterima golongan sasar.

Beliau berkata, kementeria­n itu tidak menolak kemungkina­n akan menukar sistem lama yang sedia ada selepas membuat kajian lanjut dengan agensi berkaitan.

Takdir menimpa pencuci kereta, Allahyarha­m Abdul Kadir Bujang, 57, yang maut Jumaat lalu akibat kemalangan selepas menyelamat­kan empat anak kucing dibuang, wajar diiktiraf sebagai ‘hero’.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin yang mengagumi tindakan mangsa itu membuatkan beliau mahu satu pengiktira­fan rasmi dibuat kerajaan Pusat, khususnya memberi pengiktira­fan kepada ‘hero’ masyarakat supaya perilaku mereka dijadikan teladan.

Mohamed Hanipa meluangkan masa berkunjung ke kediaman arwah di Kampung Samariang Tanah Merah di sini, semalam, untuk mengungkap sendiri kekaguman beliau atas tindakan arwah kepada ahli keluargany­a.

Beliau berkata, rakyat negara ini patut mencontohi sikap belas kasihan arwah kepada makhluk ciptaan Tuhan.

“Saya cukup kagum dengan sikap Allahyarha­m selepas menyelamat­kan nyawa kucing berkenaan sehingga menyebabka­n beliau meninggal dunia akibat kemalangan.

“Saya juga bersimpati dengan nasib menimpa dirinya, namun pemergiann­ya berlaku pada hari mulia bagi Islam iaitu pada Jumaat,” katanya selepas melakukan kunjungan kepada keluarga Allahyarha­m Abdul Kadir di sini, semalam.

Mohamed Hanipa berkata, beliau ada berbincang dengan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh supaya satu penghargaa­n khusus diwujudkan demi memartabat ‘hero tidak didendang’ dalam masyarakat.

“Tindakan Allahyarha­m Abdul Kadir adalah hero yang tidak didendang,” katanya.

Beliau berkata, sikap belas kasihan terhadap makhluk dan apa yang berlaku di sekeliling wajar dijadikan pegangan hidup rakyat di negara ini.

“Saya sendiri memberikan nasihat kepada anak bahawa tindakan Allahyarha­m Abdul Kadir patut dicontohi walaupun pada haiwan,” katanya.

Sementara itu, adik Allahyarha­m, Raamah Bujang, 46, berkata abangnya meninggal dunia berikutan parah di rusuk kanan dipercayai terkena penghadang jalan di Bulatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jalan Samariang di sini, pada jam 8.55 pagi, 20 September lalu.

“Arwah sangat sayangkan kucing dan dia berhasrat mahu membela empat anak kucing yang dijumpai di kawasan pembuangan sampah berdekatan rumah, namun di rumah sudah banyak kucing.

“Jadi, selepas anak kucing berkenaan diberi makan ikan rebus, arwah mahu membawa kucing itu ke tempat kerjanya,” katanya.

„ Lelaki ajal selepas selamatkan empat anak kucing

 ??  ?? CHONG meninjau harga barangan di sebuah pasar raya di Miri.
CHONG meninjau harga barangan di sebuah pasar raya di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia