Harian Metro

Kuasa pusaran ikut kuantiti air

-

Jumlah kuantiti air yang banyak menjadi faktor arus pusaran tinggi sehingga memerangka­p enam pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong, kelmarin.

Timbalan Pengarah Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, kuasa pusaran air sememangny­a dipengaruh­i oleh kuantiti air terutama jika membabitka­n ketinggian berbeza.

“Air yang turun dari suatu ketinggian ke permukaan lebih rendah mengalami peningkata­n kuasa kinetik, tambahan pula kejadian itu terjadi ketika hujan lebat dan kuantiti air bertambah daripada paras normal.

“Kebiasaann­ya, mangsa bergelut dan terperangk­ap dalam pusaran berkenaan dan sukar untuk melepaskan diri atau terapung apatah lagi dalam keadaan gelap,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Azizan berkata, jika dilengkapi dengan sut menyelam pun akan menghadapi kesukaran memandangk­an kuasa pusaran itu memerangka­p mangsa.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak berkata, sifat semula jadi air memang akan bergulung jika jatuh di ketinggian berbeza dan keadaan itu mewujudkan pusaran.

“Jika lihat permukaan air, sukar untuk kita jangkakan wujud pusara kuat melainkan menggunaka­n kelengkapa­n teknologi terkini seperti sonar atau dron bawah air,” katanya.

 ?? Dr Azizan ?? Kuasa pusaran air sememangny­a dipengaruh­i oleh kuantiti air”
Dr Azizan Kuasa pusaran air sememangny­a dipengaruh­i oleh kuantiti air”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia