Harian Metro

APLIKASI RANCANG HAMIL

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

‘Ask Maya’

bantu pasangan

akses maklumat tepat amal

kaedah perancanga­n

keluarga

Cahaya mata adalah pengikat kasih sayang dan penyeri dalam rumah tangga. Pastinya, kehadiran permata hati dinantikan kebanyakan suami isteri terutama jika ia adalah cahaya mata sulung.

Selepas kelahiran anak sulung, semua ibu disaran untuk menjarakka­n kehamilan ketika menjalani pemeriksaa­n lanjutan di klinik. Ada ibu yang mengambil berat, malah tidak kurang juga ada yang bersikap sambil lewa apabila membincang­kan isu merancang kehamilan.

Tentu saja isu ini penting kerana jika tidak, jururawat atau doktor tidak akan menyentuh topik berkenaan, apatah lagi disebabkan ia berkaitan soal kesihatan si ibu.

Sebenarnya, bagi menggalakk­an pasangan untuk merancang kehamilan terutama untuk kebaikan diri si ibu dan kandungan, suami juga bertanggun­gjawab memainkan peranan mereka selain memberi sokongan dalam hal itu.

Namun tidak ramai suami yang mengambil tahu dengan mendalam mengenai kaedah perancanga­n keluarga untuk mereka menjarakka­n anak. Justeru, untuk membolehka­n pihak bapa turut mendapat maklumat ini, aplikasi ‘Ask Maya’ dilancarka­n sempena Hari Kontrasept­if Sedunia 2018 yang disambut setiap 26 September dengan sokongan 17 gabungan rakan kongsi antarabang­sa dan ditaja Bayer.

‘Ask Maya’ diperkenal­kan untuk membantu wanita dan lelaki mengakses maklumat tepat bagi mengamalka­n kaedah kontrasept­if yang sesuai untuk perancanga­n keluarga. Chatbot ini memberikan maklumat serta pilihan kaedah kontrasept­if dan mendidik cara penggunaan pil kontrasept­if, kondom serta peranti perubatan yang berada di pasaran.

Ia juga mengandung­i soalan lazim yang sering diajukan, peringatan pengambila­n pil dan kalendar yang mengunjurk­an pengguna untuk mendapatka­n nasihat doktor jika mereka mempunyai soalan lanjut.

Mengulas mengenai kaedah perancanga­n

Bagi pasangan berkahwin, ia antara perkara paling utama yang tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana ia bukan saja membabitka­n soal kewangan keluarga malah lebih kepada kesihatan si isteri juga pembesaran anak-anak Diharap dengan adanya aplikasi ini banyak masalah dapat diatasi membabitka­n perancanga­n keluarga

 ??  ?? DR John Teo (kanan) memberi penerangan.
DR John Teo (kanan) memberi penerangan.
 ??  ?? PELANCARAN aplikasi teknologi ‘Ask Maya’, baru-baru ini.
PELANCARAN aplikasi teknologi ‘Ask Maya’, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia