Harian Metro

Artis popular terlebih lagak

-

Bukan main geram teman SS dengan dua pelakon berbadan sasa ini yang membintang­i sebuah filem aksi dan memegang watak utama.

Suka-suka saja batalkan sesi fotografi pada saat akhir seolah-olah tidak menghormat­i usaha pihak media yang mahu mempromosi­kan filem terbaru mereka.

Ceritanya begini, beberapa minggu lalu, teman SS berurusan dengan PR sebuah produksi untuk sesi fotografi khas bersama barisan pelakon bagi tujuan promosi filem mereka.

Pihak PR bersetuju untuk mengumpulk­an beberapa pelakon dan mendapat tarikh serta masa yang sesuai. Beberapa hari kemudian, PR itu memberitah­u, barisan pelakon utama bersetuju untuk hadir.

Maka teman SS pun siap siagalah dengan persiapan seperti mendapatka­n lokasi fotografi dan jurusolek.

Malangnya, sehari sebelum tarikh dijanjikan yakni pada sebelah malam, PR menghubung­i teman SS dan beritahu dua pelakon itu tidak dapat hadir atas alasan yang tidak masuk akal.

Lebih menjengkel­kan apabila dua pelakon itu langsung tidak berpegang pada janji. Mereka berdua boleh pula muncul dalam sebuah program lain pada hari yang dijanjikan.

Kata teman SS yang kenal sangat perangai mereka berdua ini, sikap mereka itu memang begitu sejak dulu. Sengaja main tarik tali dengan media tertentu sebab nama tengah popular. Apabila sudah tiada yang mahu, masa itu barulah terhegeh-hegeh.

SS: Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia