Harian Metro

Usaha antarabang­sa semakin pantas

-

Palu: Usaha antarabang­sa membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Indonesia semakin pantas semalam ketika kebimbanga­n meningkat terhadap ratusan ribu penduduk yang berdepan kekurangan makanan dan minuman.

Penduduk terdesak di pantai barat pulau Sulawesi itu mencari sisa makanan di ladang dan kebun ketika kerajaan bergelut menangani kekurangan bekalan makanan, air, perlindung­an dan bahan bakar.

Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan bekalan elektrik dan komunikasi yang terhad.

Huru-hara berlaku ketika penduduk berang di Palu, menjarah kedai dan berlegar-legar di lapangan terbangnya berusaha mencari mana-mana pesawat untuk keluar.

Angka rasmi kematian akibat gempa magnitud 7.5 Jumaat lalu meningkat kepada 1,407 orang, ramai terbunuh akibat ombak tsunami yang tercetus dengan jumlah itu mungkin meningkat.

Kebanyakan mangsa disahkan maut di bandar ini dan angka kematian di kawasan terpencil tidak diketahui.

Usaha antarabang­sa untuk membantu kini dipersiapk­an selepas kerajaan memutuskan untuk menerima bantuan asing.

“Kerajaan Indonesia berpengala­man dalam menguruska­n bencana alam namun kadangkala, seperti mana negara lain, bantuan luar juga diperlukan,” kata Penolong Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaa­n dan Bantuan Kecemasan, Mark Lowcock dalam satu kenyataan.

Lowcock mengumumka­n peruntukan sebanyak AS$15 juta (RM62.1 juta) kepada negara itu.

 ??  ?? PENDUDUK terdesak mencari sisa makanan di ladang dan kebun ketika kerajaan bergelut menangani kekurangan bekalan makanan.
PENDUDUK terdesak mencari sisa makanan di ladang dan kebun ketika kerajaan bergelut menangani kekurangan bekalan makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia