Harian Metro

Kajian menyeluruh

- Suhaila Shahrul Annuar dan Hashini Kavishtri Kannan cnews@nstp.com.my

„ Keperluan ganti boya cerap data salur amaran tsunami

Kajian menyeluruh termasuk dari segi teknikal akan dibuat dalam kadar segera berhubung keperluan penggantia­n boya yang boleh mencerap data dan menyalurka­n maklumat awal mengenai amaran tsunami.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu perlu dilihat segera kerana risiko tsunami melanda Malaysia memang sentiasa ada memandangk­an negara pernah mengalamin­ya pada 2004.

“Seperti yang Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata dia (kerajaan) akan melihat perkara ini. Antara keperluan yang akan dilihat dari segi teknikal kerana bila kita ada risiko tsunami, memang perlu.

“Bagus jika kita tahu ia sudah tidak berfungsi, jadi kita boleh ambil langkah yang sewajarnya.

“Langkah berjaga-jaga mesti kita ambil, kalau gempa bumi berlaku di negara jiran, jadi negara yang berdekatan ada risiko dilanda tsunami seperti yang berlaku pada 2004 di negara ini,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Respon Kecemasan Kali ke-6 di sini, semalam.

Laporan eksklusif NSTP semalam, mendedahka­n pemasangan peralatan menggunaka­n teknologi dari Norway itu dilakukan secara berfasa, sejak 2006 merangkumi tiga lokasi perairan, iaitu Laut Andaman, Laut Sulawesi dan Laut China Selatan, bagi memastikan sebarang risiko tsunami berpunca daripada pergerakan kerak bumi di tengah laut berupaya dikesan lebih awal.

 ??  ?? DR Wan Azizah pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN. Hadir sama, Setiauasah­a Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman (kanan).
DR Wan Azizah pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN. Hadir sama, Setiauasah­a Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia