Harian Metro

Permulaan mudah

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

„ Maniam yakin ratu skuasy negara mampu lepasi pusingan awal di Terbuka AS

Bukan masalah besar buat Datuk Nicol David untuk melepasi pusingan awal kejohanan Terbuka Amerika Syarikat dan jika dia mampu berbuat demikian, kedudukann­ya dalam ranking dunia pasti lebih baik.

Keyakinan itu diluahkan Pengarah Kejurulati­han Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S Maniam

yang percaya Nicol pasti kembali melonjak ke kelompok 10 terbaik dunia selepas kejohanan itu nanti.

Nicol yang turun sebagai pilihan kesembilan pada saingan yang menawarkan hadiah kemenangan AS$169,000

(RM700,000) itu, mendapat laluan percuma pada pusingan pertama dan akan berdepan pemenang

(gambar)

antara pemain Australia, Donna Lobban dan Olivia Fiechter dari AS sebelum dijangka bertembung dengan bintang England, Lauro Massaro pada pusingan ketiga.

“Saya percaya Nicol tidak mempunyai masalah untuk menang aksi pusingan kedua tapi bertemu Laura pasti sukar,” kata Maniam ketika dihubungi semalam.

“Nicol tewas kepadanya (Laura) pada suku akhir di San Francisco awal bulan ini tapi mengatasin­ya pada Terbuka China bulan lalu.

“Ia menjadi perlawanan yang sukar untuk kedua-dua pemain itu tapi Nicol boleh melepasiny­a.

“Sukar untuk menyatakan sama ada dengan mara ke suku akhir di AS mencukupi untuknya kembali berada dalam ranking 10 terbaik dunia. Tapi ini kejohanan utama dan menawarkan mata yang tinggi.”

Sekiranya semua berjalan lancar, Nicol yang menjadi pemain tunggal negara beraksi di AS, dijangka bertemu bintang Mesir yang juga pilihan kedua, Raneem El

Welily pada suku akhir.

Ranking anak jati Pulau Pinang itu yang menyambut hari jadi ke-35 ketika memenangi pingat emas Sukan Asia Ogos lalu, jatuh daripada kedudukan kesembilan ke tangga ke-11 dalam senarai ranking terbaru dikeluarka­n minggu ini.

Ia kali pertama dalam tempoh 15 tahun Nicol terkeluar daripada kelompok 10 terbaik dunia.

 ??  ?? NICOL
NICOL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia