Harian Metro

Permohonan pasport Farid gagal

-

Petaling Jaya: Permohonan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil untuk mendapatka­n sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara ditolak Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nor Ariffin Hisham menolak permohonan itu selepas dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan tidak dikemukaka­n oleh pelakon berusia 37 tahun itu.

Terdahulu, peguam

Faizul Mohd Nasiryang mewakili Farid Kamil mengemukak­an permohonan itu atas alasan anak guamnya akan ke luar negara bagi penggambar­an filem.

Dalam prosiding sebutan semula lima pertuduhan jenayah dihadapi pelakon Lagenda Budak Setan, Januari lalu itu, mahkamah turut mengekalka­n tarikh perbicaraa­n lima hari bermula 27 November depan.

Sementara itu, Farid Kamil yang ditemui di luar mahkamah berkata, beliau memerlukan pasport itu bagi urusan kerja.

“Sebagai pelakon, saya perlukan pasport antarabang­sa untuk urusan lain.

“Kini, aktiviti lakonan saya terbatas kerana masih terikat dengan prosiding mahkamah dan diharapkan kes ini selesai,” katanya.

Ketika disoal pemberita sama ada beliau kecewa apabila permohonan­nya ditolak, Farid akur dan memahami prosedur mahkamah.

Pada prosiding kali ini, beliau ditemani isterinya, Datin Diana Dianelle yang memakai baju kurung moden.

Di hadapan Majistret Salamiah Salleh, mahkamah menetapkan 26 sehingga 29 November ini untuk perbicaraa­n kes laporan palsu yang dihadapiny­a.

 ??  ?? FARID
FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia