Harian Metro

DOSA RUMAH KOSONG

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

10 remaja didakwa rogol gadis 13 tahun

Seramai 10 remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 13 tahun, bulan lalu.

Mereka yang berusia antara 15 dan 17 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah kosong dan beberapa lokasi lain di sekitar Kamunting antara jam 9 pagi hingga 3.30 petang 18 hingga 25 September lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka secara tertutup kerana membabitka­n pesalah juvana oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Siti Nor Rasyidah M Nadzri.

Siti Nor Rasyidah berkata, tujuh daripada remaja terbabit berdepan satu pertuduhan, dua menghadapi dua pertuduhan manakala seorang lagi tiga pertuduhan.

Katanya, semua remaja terbabit didakwa mengikut Seksyen 376(2) (d) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Beliau berkata, tertuduh yang dihadapkan dengan satu pertuduhan dibenarkan diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin, manakala yang menghadapi dua dan tiga pertuduhan masing-masing dikenakan jaminan RM4,000 dan RM6,000 dengan seorang penjamin.

“Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehka­n semua tertuduh membuat lantikan peguam dan bagi membolehka­n laporan akhlak diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Semua tertuduh juga dikenakan jaminan bersyarat iaitu tidak dibenarkan untuk mendekati dan mengganggu mangsa sepanjang prosiding berlangsun­g hingga kes berkenaan selesai,” katanya.

Semua tertuduh diwakili peguam, M Kathan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

 ??  ?? SEPULUH remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 13 tahun bulan lalu.
SEPULUH remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 13 tahun bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia