Harian Metro

10 sukarelawa­n Muslim Care naik bas mini ke Palu

-

Makassar: Sukarelawa­n Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia terpaksa menaiki bas mini untuk ke Palu.

Terdahulu, 10 sukarelawa­n termasuk empat doktor itu tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Hasanuddin, di sini, pada jam 12 tengah hari, semalam dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ketua Misi Timbalan Presiden Muslim Care Mohd Johari Ismail berkata, mengikut perancanga­n awal mereka menaiki penerbanga­n komersial atau menumpang pesawat pengangkut Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) ke lokasi bencana.

Bagaimanap­un, katanya, kesukaran mendapatka­n penerbanga­n menyebabka­n mereka mengubah perancanga­n menaiki bas mini disewa khas.

“Petang ini (semalam) kami menuju ke Mamuju, kemudian baru teruskan perjalanan dengan pesawat untuk ke Palu. Perjalanan ke Mamuju dijangka mengambil masa lapan hingga 10 jam.

“Kami mahu sampai segera kerana Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan kini berada di Palu memaklumka­n mangsa amat mengharapk­an bekalan makanan dan minuman,” katanya.

Beliau berkata, menerusi misi enam hari bermula 5 hingga 10 Oktober itu pihaknya turut membawa bersama pek makanan kembara Brahim’s keluaran Dewina Food Industries Sdn Bhd untuk diagihkan kepada mangsa.

“Doktor yang bersama kami akan berikan rawatan kepada mangsa. Kami dimaklumka­n ramai mangsa belum menerima rawatan berikutan kekurangan doktor di Palu.

“Mangsa perlu diberi rawatan secara fizikal dan mental,

 ?? Artika
Ana Salim ?? Saya hanya tahu malapetaka itu selepas menonton siaran berita di televisyen ketika bekerja di kedai cermin mata di Surabaya” Ketika itu saya tinggalkan anak perempuan bernama Shakila, berusia lima tahun di kampung di Mamboro, Palu Utara, bersama keluarga”
Artika Ana Salim Saya hanya tahu malapetaka itu selepas menonton siaran berita di televisyen ketika bekerja di kedai cermin mata di Surabaya” Ketika itu saya tinggalkan anak perempuan bernama Shakila, berusia lima tahun di kampung di Mamboro, Palu Utara, bersama keluarga”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia