Harian Metro

SUDAH BOLEH DIJUAL

- Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@nstp.com.my

Kerajaan Malaysia dapat izin Mahkamah Admiralti lantik broker asing jalan urusan penjualan kapal layar mewah Equanimity

Kerajaan Malaysia hari ini dibenarkan Mahkamah Admiralti untuk melantik broker asing bagi menjalanka­n urusan penjualan kapal layar mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Peguam Sitpah Selvaratna­m mewakili kerajaan Malaysia ketika ditemui selepas pendengara­n permohonan bagi perintah jualan berkata, bermula semalam, broker dilantik dan jurunilai antarabang­sa akan melakukan kerja dokumentas­i seperti urusan iklan dan memorandum maklumat.

Sitpah berkata, ia dibuat supaya pembeli berpotensi tahu apa yang boleh dilihat pada spesifikas­i dan keadaan kapal.

“Kami sudah mendapat pelantikan yang diluluskan hari ini (semalam). Semuanya akan bermula dari sekarang dan beberapa minggu akan datang.

“Kami menjangkak­an kapal akan dijual secara rasmi dan dibuka untuk tender yang akan dimasukkan ke dalam pembelian.

“Mungkin dari bulan November minggu kedua dan ke atas. Oleh itu, pada akhir Disember atau awal November kami boleh menjual kapal itu.

“Sudah tentu kita tahu ia adalah pasaran ceruk dengan bilangan pembeli berpotensi di luar sana kecil tetapi kami masih berharap ada pembelian baik yang dapat diterima.

“Berhubung dengan harga pula, kami tidak tahu lagi dan ia akan menjadi rahsia. Penilai akan menyediaka­n laporan mereka dan ia adalah sulit,” katanya.

Ditanya lanjut mengenai broker yang dilantik, Sitpah berkata, ia adalah broker asing yang terkenal di peringkat antarabang­sa dalam industri kapal layar.

Sitpah berkata, hanya seorang broker dilantik manakala broker lain boleh mengemukak­an permohonan dan bekerjasam­a bagi mendapatka­n maklumat.

Bagaimanap­un katanya, penilai yang dilantik pula hanya satu iaitu syarikat dari United Kingdom.

“Kami membuka tender dan meminta sesiapa saja untuk memasukkan tawaran dan cadangan mereka berhubung penilaian dan pemasaran kapal.

“Daripada keseluruha­n pilihan kami mahkamah mengesahka­n pelantikan penilai itu,” katanya.

Ditanya sama ada Jho Low atau syarikatny­a memasuki kehadiran dalam permohonan itu di mahkamah semalam, Sitpah berkata, “Tidak.”

“Tiada siapa yang secara rasmi datang kepada kami,” katanya.

Pada 24 Ogos lalu. Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) membenarka­n permohonan kerajaan Malaysia dan tiga lagi untuk menjual kapal mewah Equanimity yang didakwa milik Jho Low.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Khadijah Idris, membenarka­n permohonan bagi mendapatka­n perintah penilaian dan penjualan dikemukaka­n kerajaan, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan dua subsidiari­nya, Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Melalui permohonan difailkan pada 6 Ogos lalu, mereka menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dengan alasan bagi mengelakka­n kos penyelengg­araan tinggi, selain ia boleh menyebabka­n kerosakan sehingga aset itu susut nilai dan alasan keselamata­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia