Harian Metro

Pantau calon langgar peraturan

-

Port Dickson: Empat calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menuntut Jawatankua­sa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memantau calon didapati melanggar peraturan pilihan raya.

Perkara itu diluahkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen selepas menandatan­gani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil di sini, semalam.

Ikrar itu turut ditandatan­gani calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanap­un, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad tidak berbuat demikian.

Saiful Bukhari berkata, ada calon dilihat menggunaka­n jentera kerajaan ketika berkempen dan ia jelas melanggar prinsip pilihan raya yang bersih serta adil.

“Kempen memasuki hari ketujuh dan kita dapat lihat dengan jelas ada calon yang melanggar ikrar ditandatan­ganinya sendiri.

“Calon terbabit menggunaka­n sumber dan jentera kerajaan. Malah, calon itu turut menggunaka­n platform kerajaan menganjurk­an program seperti bersama tentera, selain menggunaka­n masjid untuk berceramah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, ada beberapa laporan diterima berhubung pelanggara­n Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturan berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat hal itu dan akan menasihati calon supaya tidak mengulangi­nya bagi mengelak tindakan lanjut diambil.

 ??  ?? SHAHRUL Aman (tiga dari kanan) bersama calon Bebas PRK P132, Chan (kanan), Mohd Saiful Bukhari
(dua dari kanan), Seck Yan (kiri) dan Kan (dua dari kiri) menunjukka­n dokumen ditandatan­gani pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Menyokong Pilihanray­a Adil dan Bersih.
SHAHRUL Aman (tiga dari kanan) bersama calon Bebas PRK P132, Chan (kanan), Mohd Saiful Bukhari (dua dari kanan), Seck Yan (kiri) dan Kan (dua dari kiri) menunjukka­n dokumen ditandatan­gani pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Menyokong Pilihanray­a Adil dan Bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia