Harian Metro

PAFA rayu pelepasan lima pemain bersama skuad kebangsaan

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan merayu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memohon pelepasan lima pemainnya yang mengikuti kem latihan Harimau Malaya menjelang aksi persahabat­an berdepan Sri Lanka dan Republik Kyrgyzstan pada 12 dan 16 Oktober ini.

Tindakan itu dibuat kerana bimbang masalah kecederaan yang mungkin menimpa semua pemain berkenaan seperti yang berlaku kepada kapten skuad The Bos Gaurus, Mohd Nasir Basharuddi­n ketika beraksi menentang Kemboja baru-baru ini.

Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim

menegaskan Perak mempunyai misi penting iaitu separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Perak pada Ahad ini dan perlawanan timbal balik di Stadium Likas, Sabah pada 21 Oktober.

Lima pemain skuad Seladang - Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj dan Norhakim Hassan dipanggil menyertai senarai 24 pemain yang dipilih mengikuti latihan pusat skuad negara mulai 8 Oktober ini.

Dalam perkembang­an

(gambar),

lain, Hasnul Zulkarnain mengumumka­n Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Iskandar Zulkarnain dilantik sebagai Bendahari baharu PAFA berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantik­an Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang akan mengambil alih pengurusan pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC.

“Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta,” kata Hasnul Zulkarnain.

Zainol Fadzi yang juga Penasihat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, dilantik sebagai Bendahari selepas Kongres PAFA Julai lalu.

Pelantikan Zainol Fadzi sekali gus menamatkan teka-teki mengenai kedudukan PKNP FC dalam Liga M 2019. Sebelum ini kelab yang dibimbing oleh Abu Bakar Fadzim itu didakwa bakal menjadi ‘kelab pemangkin’ kepada PAFA.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia