Harian Metro

6 LALOK DICEKUP

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

„ Suspek gagal lolos ketika serbuan AADK di sebuah pondok

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan enam lelaki kerana disyaki terbabit aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam beberapa serbuan sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Operasi yang juga Pegawai AADK Keningau, Azry Golbin @ Azmi berkata, enam lelaki berusia 17 hingga 40 tahun itu didapati positif syabu selepas ujian saringan dadah.

“Operasi bermula jam 4 petang dilakukan di Kampung Apin-Apin. Hasil pemeriksaa­n di sebuah pondok dipercayai sarang tempat mereka menagih dadah, semua suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri.

“Bagaimanap­un, mereka ditangkap selepas kawasan itu dikepung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azry berkata, serbuan kedua dijalankan di sebuah perkampung­an berhampira­n dan menahan tiga lagi lelaki didapati positif dadah.

“Semua individu itu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 dan direman untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an pemimpin kampung supaya memberi maklumat sebarang kegiatan penyalahgu­naan dadah di kawasan masing-masing bagi membantera­s dadah dalam kalangan masyarakat setempat.

“Penduduk dan pemimpin kampung harus menyampaik­an aduan aktiviti tidak bermoral ini kerana ia semakin berleluasa.

“Masyarakat juga memainkan peranan dalam melaksanak­an program pencegahan secara berterusan dengan menyampaik­an mesej antidadah kepada semua golongan terutama remaja di daerah ini,” katanya.

 ??  ?? ENAM lelaki yang ditahan ketika operasi AADK di Kampung Apin-Apin.
ENAM lelaki yang ditahan ketika operasi AADK di Kampung Apin-Apin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia