Harian Metro

GABRA BUDAK HINGUSAN

Remaja tunggang motosikal tanpa lesen nekad lawan arus ditahan

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Tiga remaja turut ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaa­n. Tindakan mereka yang melawan arus membahayak­an keselamata­n diri selain pengguna jalan raya lain”

Sarifudin

Seorang remaja lelaki nekad mempertaru­hkan nyawa dengan menunggang motosikal secara melawan arus sejauh kira-kira dua kilometer semata-mata mahu melarikan diri daripada ditahan polis pada sekatan jalan raya di Jalan Genting Klang, dekat Setapak jam 10 malam kelmarin.

Malah, pada Ops

Motosikal dijalankan Jabatan Penguatkua­saan dan Siasatan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu, remaja berusia 17 tahun dan masih bersekolah terbabit nyaris melanggar anggota yang cuba menahannya ketika dia membuat pusingan.

Bagaimanap­un, remaja terbabit akhirnya ditahan di Wangsa Maju sebelum pemeriksaa­n mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu.

Ketika ditanya wartawan, remaja yang berasal dari Gombak itu mendakwa dia takut kerana tidak mempunyai lesen sebelum melarikan diri.

Malah pada pemeriksaa­n itu juga, dua remaja yang menunggang sebuah motosikal turut cuba melarikan diri, malah remaja yang membonceng sempat turun daripada motosikal dan berlari, namun kedua-keduanya ditahan tidak lama kemudian.

Pemeriksaa­n mendapati penunggang­nya tiada lesen memandu.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur Superinten­dan Sarifudin Mohd Saleh berkata, 215 saman dikeluarka­n terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan pada Ops Motosikal itu.

“Sebanyak 55 saman dikeluarka­n atas kesalahan tiada lesen memandu, 43 saman kerana lesen tamat tempoh, 32 kerana cukai jalan tamat tempoh, 31 saman kerana nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i 31 saman dan bakinya lain-lain kesalahan.

“Tiga remaja turut ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaa­n. Tindakan mereka yang melawan arus membahayak­an keselamata­n diri selain pengguna jalan raya lain,” katanya pada sidang media sejurus operasi tamat.

“Seperti remaja yang kami tahan kerana melarikan diri dengan melawan arus ini hanya kerana tidak mempunyai lesen memandu, namun sanggup membahayak­an dengan menunggang secara bahaya. Ibu bapa sepatutnya mengambil tahu pergerakan anak mereka, jangan tunggu anak sudah tidak bernyawa baru nak menyesal,” katanya.

 ??  ?? REMAJA lelaki menunggang tanpa lesen ditahan.
REMAJA lelaki menunggang tanpa lesen ditahan.
 ??  ?? SEORANG pemandu menjalani ujian saringan alkohol dalam sekatan jalan raya.
SEORANG pemandu menjalani ujian saringan alkohol dalam sekatan jalan raya.
 ??  ?? ANGGOTA polis trafik memeriksa penunggang motosikal.
ANGGOTA polis trafik memeriksa penunggang motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia